Rakyat Malaysia antara suspek dalang penipuan pekerjaan di Myanmar

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BANGKOK: Polis Thailand menahan suspek dalang sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dan sedang meningkatkan gerakan memburu suspek lain termasuk warga Malaysia.

Pesuruhjaya Biro Siasatan Pusat Jirabhop Bhuridej berkata ahli perniagaan berusia 33 tahun dari China itu dipercayai dalang sindiket yang memikat pencari kerja terutama warga Thailand untuk bekerja di bandar sempadan Myawaddy, Myanmar.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket itu memikat pencari kerja dengan menjanjikan pekerjaan bergaji tinggi di Mae Sot di wilayah Tak tetapi sebaliknya memaksa mereka menyeberang sempadan ke Myawaddy di Myanmar untuk bekerja sebagai penipu.

Dia ditahan di Bangkok pada Ahad.

“Polis Thailand memulakan siasatan tahun lepas. Kami mengeluarkan waran tangkap ke atas 19 individu termasuk 11 warga Thailand, China (tiga), Myanmar (tiga), seorang warga Malaysia dan Filipina.

“Setakat ini, kami menahan tujuh warga Thailand dan seorang warga China (dalang),” katanya.

Sementara itu, Penguasa Bahagian Antipemerdagangan Orang, Man Menyam berkata polis memulakan siasatan selepas tujuh warga Thailand yang menjadi mangsa penipuan pekerjaan diselamatkan di Mae Sot.

Beliau berkata mangsa termasuk lima wanita terpikat untuk bekerja di Myawaddy dan mereka dihukum serta dipukul apabila gagal mencapai sasaran yang ditetapkan oleh penyelia mereka, warga Malaysia dan Filipina.

“Mangsa selamat pulang ke rumah selepas ahli keluarga membayar wang tebusan sebanyak 50,000 baht setiap seorang,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata mangsa kemudiannya membuat laporan di Bahagian Antipemerdagangan Orang. – Bernama.

Getah rambut Haaland habis dijual

PRODUK getah rambut Kknekki keluaran Dooji Co. yang direka khas untuk Erling Haaland dan mencetuskan permintaan tinggi selepas dipakainya pada

Dua maut dalam nahas helikopter di Kanada

VANCOUVER: Dua maut pada Selasa selepas sebuah helikopter terhempas di kawasan terpencil di luar pantai British Columbia, Kanada, menurut media tempatan,