Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rakyat jadi akar perancangan pembangunan di Batang Lupar
  • Tengah
  • WILAYAH

Rakyat jadi akar perancangan pembangunan di Batang Lupar

Utusan Sarawak 2 days ago
MOHAMAD Shafizan Kepli menghadiri Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan Masyarakat Kampung Bajong Tengah, di sini kelmarin. Foto Mohamad Shafizan Haji Kepli

SEBUYAU: Pembangunan kawasan luar bandar, khususnya di Parlimen Batang Lupar, perlu dilaksanakan berdasarkan suara dan keperluan rakyat, bukannya hanya bergantung kepada keputusan daripada pihak atasan.

Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli berkata setiap perancangan pembangunan harus berpaksikan kepada realiti kehidupan masyarakat setempat agar manfaatnya benar-benar dirasai oleh semua lapisan penduduk.

“Segala maklum balas daripada penduduk, termasuk di Kampung Bajong, akan diambil kira bagi membentuk agenda pembangunan Batang Lupar yang lebih inklusif, menyeluruh, dan memenuhi aspirasi rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Program Jalinan Mesra Rakyat yang berlangsung di Dewan Masyarakat Kampung Bajong Tengah, di sini kelmarin.

Program yang dianjurkan bersama pelbagai agensi tempatan itu turut menampilkan pelbagai aktiviti riadah seperti pertandingan karaoke dan tarian poco-poco, yang mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.

Dalam majlis tersebut, Mohamad Shafizan turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan serta menyerahkan sumbangan tiga kerusi roda dan 50 bakul makanan kepada golongan yang memerlukan.

Turut hadir, Ketua Kaum Kampung Bajong Tengah Tuai Rumah Aprit Bagih, Penyelia KEMAS Sebuyau Yaman Madian, Penghulu Abdul Hamid Zaini, ahli jawatankuasa kampung serta penduduk setempat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Ahli Parlimen Batang Lupar sumbang 26 TV Pintar tingkatkan PdP sekolah menengah
Next: Penutupan jalan berperingkat sempena Kuching Street Parade 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.