Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rakyat diingat tidak terlalu terbawa-bawa sentimen politik
  • Tengah
  • WILAYAH

Rakyat diingat tidak terlalu terbawa-bawa sentimen politik

Utusan Sarawak 5 hours ago
 AHLI Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien menyerahkan bantuan kepada penerima. Foto Pusat Khidmat Parlimen Julau

JULAU: Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien mengingatkan rakyat agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan sentimen politik sehingga menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat.

Katanya, pilihan raya tidak seharusnya menjadi punca perpecahan dalam kalangan rakyat, sebaliknya perpaduan dan kerjasama perlu terus diperkukuhkan demi masa depan bersama.

“Semasa musim politik kita bercakap mengenai politik, tetapi apabila ia berakhir kita perlu berhenti bercakap mengenainya.

 AHLI Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien menyerahkan bantuan kepada penerima. Foto Pusat Khidmat Parlimen Julau

“Paling penting rakyat terus bersatu hati dan berganding bahu membangunkan rumah panjang serta memikirkan masa depan bersama,” katanya ketika berucap di program yang diadakan di Rumah Liban, Nanga Sebuntang, semalam.

Tambahnya, hanya melalui semangat kerjasama dan perpaduan rakyat mampu bergerak lebih jauh serta berfikir lebih besar dalam usaha membawa pembangunan kepada kawasan masing-masing.

Dalam sistem demokrasi, katanya, pihak yang memenangi pilihan raya akan membentuk kerajaan dan memikul tanggungjawab untuk membawa pembangunan kepada rakyat.

“Politik itu singkat. Saya berharap rakyat tidak huru-hara dan tidak bergaduh kerana politik.

“Apa yang lebih penting ialah hubungan sesama kita terus kekal rapat,” katanya.

Dalam program sama, beliau turut mengagihkan bantuan kewangan kepada beberapa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), institusi pendidikan serta penerima bantuan individu.

Antara penerima bantuan ialah JKKK Rumah Liban, Nanga Sebuntang; JKKK Rumah Lau Rantau Pitak; JKKK Rumah Bedindang; JKKK Rumah Ballih; Biro Indu Rumah Liban; Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Udin; SK Nanga Entabai; Tabika KEMAS Nanga Bua; Tabika KEMAS Nanga Ijit dan Tabika KEMAS Nanga Dong.

Selain itu, bantuan di bawah Tabung Pendidikan Larry Sng (LSEF) turut disampaikan kepada Jeremy Kijun.

Jumlah keseluruhan bantuan kewangan yang disalurkan dalam program tersebut adalah sebanyak RM47,500.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: KSR Binda anjur Kempen Derma Darah 14 Mei ini
Next: IPD Meradong anjur program derma darah sempena Hari Polis ke-219

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.