Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rakyat digesa semak wang tidak dituntut bernilai lebih RM12 bilion di bawah Akta WTD 1965
  • TEMPATAN

Rakyat digesa semak wang tidak dituntut bernilai lebih RM12 bilion di bawah Akta WTD 1965

Utusan Sarawak 2 days ago
BERI PENERANGAN…Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mendengar penjelasan daripada pegawai Jabatan Akauntan Negara Bahagian Limbang mengenai Wang Tak Dituntut (WTD) semasa Program Hasrat Madani di Kampung Dato Kuala Lawas.

LAWAS: Lebih RM12 bilion wang tidak dituntut (WTD) masih belum diklaim oleh rakyat di seluruh negara, menurut makluman terkini Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata rakyat berhak menyemak dan menuntut wang tersebut di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965 (Pindaan 2002).

“Saya diberitahu, jumlah wang tak dituntut mencecah lebih RM12 bilion… jumlah yang besar. Bukan sahaja melibatkan akaun tidak aktif di bandar, bahkan juga di kampung-kampung seperti di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Hasrat Madani anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Daerah Lawas, yang berlangsung di Tebingan Sungai Kampung Dato Kuala Lawas, petang semalam.

Awang Tengah menyarankan agar orang ramai sama ada di bandar mahupun luar bandar mengambil peluang untuk menyemak sama ada mereka atau waris mereka mempunyai wang yang boleh dituntut.

“Kadang-kadang kita lupa ada akaun simpanan bertahun-tahun lamanya. Maka penting diberi penerangan dan tunjuk ajar cara membuat semakan. Ini inisiatif yang baik dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya,” ujarnya.

Beliau turut memuji usaha Jabatan Akauntan Negara Bahagian Limbang kerana membuka kaunter semakan WTD di lokasi program bagi memudahkan rakyat mendapat penerangan secara langsung.

Jelas beliau, inisiatif sedemikian amat penting dalam memastikan hak rakyat dikembalikan secara sah menurut undang-undang.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: RM50,000 untuk Klan Lee Sarikei, Tiong Sii sokong pusat komuniti baharu
Next: Tuai rumah digesa miliki visi, pelan strategik demi kemajuan rumah panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.