BOGOTA: Pengakuan direkodkan yang dibuat oleh lelaki yang merupakan raja dadah paling dikehendaki di Colombia sebelum penahanannya telah dicuri dalam satu lagi tamparan terhadap perbicaraan terbarunya, kata pegawai pada Sabtu lalu.
Rakaman Dairo Antonio Usuga juga dikenali sebagai Otoniel dibuat pada Rabu lalu oleh ahli Suruhanjaya Kebenaran, badan yang menyiasat konflik selama beberapa dekad antara kerajaan dan Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) yang berakhir dengan Perjanjian Damai 2016.
Menurut satu kenyataan, suruhanjaya melaporkan bahawa pada 18 Februari lalu terdapat individu yang tidak dikenali memasuki rumah penyiasat pada waktu malam.
“Dalam kejadian itu… perakam digital yang digunakan dalam temu bual dan komputer telah dicuri,” katanya.
Suruhanjaya itu telah menegaskan pada Khamis lalu keperluan untuk mempunyai jaminan bahawa keterangan Otoniel diterima secara sulit selepas pelbagai media melaporkan pegawai polis hadir semasa soal siasat.
Polis mengganggu pendengaran kes Otoniel Khamis dengan alasan terdapat kebimbangan dia merancang untuk melarikan diri.
Suruhanjaya Kebenaran juga meminta pihak berkuasa dan masyarakat antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk syarat bagi terus menyiasat tanpa intimidasi.
Usuga, 50, ditahan pada Oktober di hutan tebal Colombia barat laut semasa operasi melibatkan kira-kira 700 ejen beruniform yang disokong oleh 18 helikopter.
Kerajaan konservatif Ivan Duque telah menyatakan hasratnya supaya dia diekstradisi tidak lama lagi ke Amerika Syarikat 9AS) yang mana dia dikehendaki atas tuduhan mengedar dadah.
Otoniel telah disabitkan kesalahan di Colombia atas tuduhan termasuk pengedaran dadah, pembunuhan, keganasan, pengambilan kanak-kanak bawah umur dan penculikan.
Menurut data rasmi. Otoniel juga mengetuai Clan del Golfo, kumpulan dadah terbesar Colombia yang mengeksport kira-kira 300 tan kokain setiap tahun,
Colombia secara rasmi aman selepas menandatangani perjanjian dengan kumpulan gerila FARC pada 2016 untuk menamatkan konflik bersenjata selama lebih setengah abad.
Tetapi, ia telah menyaksikan keganasan yang memuncak dalam beberapa bulan kebelakangan ini disebabkan oleh perebutan wilayah dan sumber oleh gerila pembangkang, kumpulan pemberontak ELN, pasukan separa tentera dan kartel dadah. -AFP