Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Raja Sungai Pesta Gedong 2025 milik King Paddle GT
  • SUKAN

Raja Sungai Pesta Gedong 2025 milik King Paddle GT

Utusan Sarawak 11 hours ago
PASUKAN King Paddle GT dinobatkan sebagai Raja Sungai Pesta Gedong 2025 di Tebingan Sungai Gedong, hari ini. Foto UKAS

GEDONG: Pasukan King Paddle GT dinobatkan sebagai Raja Sungai Pesta Gedong 2025 selepas muncul juara dalam acara akhir Bidar 30 Pekayuh Lelaki bagi merebut Piala Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Tebingan Sungai Gedong, hari ini.

Pasukan berkenaan mencatat masa terpantas 10 minit 23 saat, menewaskan tujuh pasukan lain termasuk pencabar terdekat MRT Gedong, yang mencatat masa 11 minit 2 saat, sekali gus meraih gelaran naib juara.

Kemenangan tersebut melayakkan King Paddle GT membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta piala kejuaraan.

Tempat kedua diraih MRT Gedong yang menerima RM10,000 dan piala, manakala Landas Azam Kasihnya Warisan 3 di tempat ketiga dengan catatan 11 minit 14 saat, membawa pulang RM7,000 dan piala.

PASUKAN King Paddle GT dinobatkan sebagai Raja Sungai Pesta Gedong 2025 di Tebingan Sungai Gedong, hari ini. Foto UKAS

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee bersama Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan  (MINTRED) merangkap Wakil Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Dato Sri Naroden Majais serta Pegawai Daerah Gedong, Tamida Da’adi.

Selain kejayaan tersebut, pasukan King Paddle GT turut menjuarai acara Bidar 25 Pekayuh Lelaki bagi Piala Dato Sri Naroden Majais, sekali gus membawa pulang RM1,350 dan piala.

Naib juara dimenangi Kumpulan Komeng Sri Berjaya dengan RM1,100 dan piala, manakala tempat ketiga milik Landas Azam Kasihnya Warisan 10 yang membawa pulang RM850 dan piala.

King Paddle GT juga meneruskan dominasi dalam acara akhir Bidar 30 Pekayuh Lelaki bagi Piala Rodiyah Sapiee, yang melibatkan pasukan dari kampung-kampung dalam kawasan Parlimen Batang Sadong.

KEMERIAHAN Pesta Gedong 2025 di Tebingan Sungai Gedong, hari ini. Foto UKAS

Pasukan tersebut sekali lagi muncul juara dengan membawa pulang RM1,600 dan piala, manakala tempat kedua dimenangi Cahaya Arus Bakat Laut yang menerima RM1,300 dan piala, diikuti Hazanah MD Gedong di tempat ketiga dengan hadiah RM1,000 dan piala.

Kejayaan penganjuran acara sukan air ini menyerlahkan lagi peranan Pesta Gedong 2025 dalam mengekalkan warisan tradisi sukan rakyat khususnya perlumbaan bidar yang saban tahun menjadi tumpuan pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.

-UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: 13 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar Antarabangsa Sarawak 2025 di Sibu
Next: Pasukan Odyssey’s muncul juara Pertandingan Futsal KASUS Cawangan Saribas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.