Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Raja Permaisuri Agong imbau kenangan ayahanda mangkat pada 31 Januari 1984
  • NASIONAL

Raja Permaisuri Agong imbau kenangan ayahanda mangkat pada 31 Januari 1984

Utusan Sarawak 1 year ago
GAMBAR Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama Almarhum Sultan Idris Shah II semasa menerima ijazah pada majlis graduasi di Universiti Oxford. Ia merupakan kali terakhir Seri Paduka Baginda bertemu Almarhum Ayahanda Baginda. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU: Di sebalik tarikh 31 Januari yang menjadi lembaran baharu Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengangkat sumpah jawatan semalam, tarikh tersebut juga merupakan  tarikh yang membawa kenangan sedih bagi Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook rasmi “Sultan Ibrahim Sultan Iskandar”, Seri Paduka Baginda berdua tidak melupakan tarikh 31 Januari 1984 yang merupakan tarikh kemangkatan Almarhum Sultan Perak Paduka Seri Sultan Idris Shah II, meskipun memulakan tanggungjawab baharu kepada negara.

“Pada 31 Januari 1984 adalah tarikh kemangkatan Almarhum Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Shah II, 40 tahun lepas.

“Ketika kemangkatan Almarhum, saya mengandung empat bulan anak pertama saya iaitu Tunku (Mahkota) Ismail dan waktu itu terasa sangat sukar bagi saya. Saya sedih Ayahanda saya tidak sempat berjumpa dengan anak sulung saya. Al-Fatihah,” titah Raja Permaisuri Agong dalam hantaran itu.

Semalam, Sultan Ibrahim melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara.

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 semalam selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 31 Januari 2019. – Bernama

Continue Reading

Previous: Roti canai lauk kambing santapan ‘wajib’ Agong di Muar
Next: Tiga jenis bawang merah berjaya dihasilkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.