Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Raja Permaisuri Agong berkenan lawat Hospis Malaysia
  • SEMASA

Raja Permaisuri Agong berkenan lawat Hospis Malaysia

Utusan Sarawak 2 days ago
RAJA Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah (dua, kanan) berkenan beramah mesra dengan penghuni Hospis Malaysia hari ini. Lawatan ke Hospis adalah acara yang diatur khas bersempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Turut mengiringi isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan). Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR:  Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan melawat Hospis Malaysia, sebuah organisasi amal yang menyediakan penjagaan paliatif kepada pesakit kronik seperti kanser dan buah pinggang.

Majlis itu adalah acara diatur khas bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Pada lawatan itu, Raja Zarith Sofiah meluangkan masa lebih dua jam bertemu pesakit yang dirawat di pusat berkenaan, selain mengurniakan sumbangan RM30,000 kepada Hospis Malaysia. 

Turut hadir, isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Suriani Ahmad serta Ketua Pegawai Eksekutif Hospis Malaysia Dr Ednin Hamzah.

Pada majlis itu, Raja Zarith Sofiah bertitah Seri Paduka Baginda mengambil keputusan untuk melawat Hospis Malaysia kerana merasakan masih ramai rakyat Malaysia yang belum menyedari kepentingan penjagaan paliatif untuk ahli keluarga.

“Sebuah hospis seperti Hospis Malaysia boleh menolong memberi rawatan paliatif iaitu rawatan sokongan kepada pesakit yang mempunyai penyakit kronik.

“Tanggungjawab doktor dan jururawat Hospis Malaysia adalah memberi nasihat dan sokongan kepada pesakit dan keluarga pesakit seperti melawat dan merawat pesakit-pesakit di rumah dan untuk meringankan kesakitan pesakit dengan ubat-ubat yang berkesan,” titah Seri Paduka Baginda.

Sebelum ini, Raja Zarith Sofiah pernah melawat Hospis Malaysia secara tertutup bersama anakanda Almarhum Tunku Abdul Jalil.

Raja Zarith Sofiah bertitah Seri Paduka Baginda mengetahui mengenai penjagaan paliatif sejak lewat 1990-an apabila Kelab Rotary Johor Bahru sering mengadakan program lawatan ke rumah pesakit kronik.

Seri Paduka Baginda kemudian menjadi sukarelawan dalam program itu dan melawat pesakit di rumah mereka.

“Apabila ada seminar mengenai penjagaan paliatif, saya akan hadir di seminar-seminar tersebut dan semasa itulah saya berjumpa dengan Dr Ednin dan juga pakar paliatif dari negara lain,” titah Seri Paduka Baginda.

Terdahulu, Lukanisman ketika menyampaikan sembah ucapan berkata perubatan paliatif merupakan satu bidang kepakaran yang amat penting dalam memastikan pesakit yang menghidap penyakit serius menerima rawatan menyeluruh dan berempati.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengiktiraf kepentingannya dengan menubuhkan subkepakaran perubatan paliatif pada 2003 dan setakat Mei lepas, sebanyak 17 hospital KKM menawarkan perkhidmatan itu dengan penglibatan pakar termasuk dalam rawatan paliatif pediatrik.– Bernama

Continue Reading

Previous: AI ubah dunia kewartawanan
Next: Rumah panjang warisan berharga, perlu diteroka sebagai inap desa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.