
(FILES) This file photo taken on April 19, 2006 shows Macau's gambling tycoon Stanley Ho (C) surrounded by photographers as he operates a slot machine during the opening of his new casino in downtown Lisbon. - Stanley Ho, the Hong Kong-born tycoon who made billions transforming neighbouring Macau from a sleepy Portuguese outpost into the world's biggest gambling hub, died on May 26, 2020 at the age of 98, his family said. (Photo by FRANCISCO LEONG / AFP)

HONG KONG: Raja judi Macau, Stanley Ho, yang membina empayar perniagaan di tanah bekas jajahan Portugis itu meninggal dunia semalam pada usia 98 tahun.
Media rasmi Central Television (CCTV) melaporkan kematian lelaki yang juga antara individu terkaya di Asia, dengan sebahagian besarnya daripada sektor perjudian.
Bagaimanapun, bilionair yang gemar menari itu sering menasihatkan keluarga dan rakan terdekat supaya jangan berjudi.
Namun, mendiang sendiri menerajui SJM Holdings Ltd iaitu salah sebuah pusat perjudian terkemuka dan paling lumayan di dunia, yang dianggar bernilai AS$6 bilion (RM26 bilion).
Dilahirkan di Hong Kong, Ho yang mempunyai empat isteri dan 17 anak terpaksa menstruktur semula empayar perniagaannya berikutan pertikaian undang-undang dalam kalangan keluarga mengenai hartanya pada 2012.
Bagaimanapun, kematiannya tidak dijangka memberi kesan besar terhadap operasi harian empayar perjudian dan perniagaannya.
Syarikat milik persendirian HO, Sociedade de Turismo e Diversões de Macau (STDM) mempunyai pelaburan dalam pelbagai sektor, antaranya hotel mewah, helikopter dan perlumbaan kuda.
Ada antara anak beliau turut menempa nama sebagai pengusaha pusat judi terkemuka, seperti anak perempuannya, Pansy, yang juga Pengerusi Bersama MGM Resorts’ Macau manakala anaknya, Lawrence menguruskan Melco Resorts & Entertainment . – AFP