Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Raja dadah Ecuador ‘Fito’ diekstradisi ke AS
  • GLOBAL

Raja dadah Ecuador ‘Fito’ diekstradisi ke AS

Utusan Sarawak 4 days ago

Jose Adolfo Macias atau dikenali sebagai 'Fito' berjaya diberkas semula pada akhir Jun. Foto AFP

MEXICO CITY: Seorang daripada penjenayah paling dikehendaki di Ecuador, Jose Adolfo Macias atau dikenali sebagai ‘Fito’, diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik laporan media kedua-dua negara.

“Warganegara Adolfo Macias alias ‘Fito’ dibawa keluar dari Pusat Tahanan La Roca di bawah kawalan Polis Kebangsaan dan Angkatan Tentera bagi tujuan proses ekstradisi,” lapor media Ecuador memetik kenyataan pihak berkuasa penjara negara itu, SNAI, pada Ahad.

“SNAI mengesahkan bahawa pemindahan itu dilakukan mengikut ketetapan pihak berkuasa yang berwibawa.”

Macias, ketua kumpulan jenayah berpengaruh Los Choneros, melarikan diri dari penjara keselamatan maksimum La Roca pada Januari 2024 ketika sedang menjalani hukuman penjara 34 tahun atas kesalahan termasuk pembunuhan dan pengedaran dadah. 

Beliau berjaya diberkas semula pada akhir Jun.

Kehilangannya mencetuskan gelombang keganasan di seluruh negara. 

Presiden Ecuador Daniel Noboa bertindak mengisytiharkan konflik bersenjata dalaman serta mengklasifikasikan 22 kumpulan jenayah termasuk Los Choneros sebagai organisasi pengganas.

Noboa berkata, penangkapan semula Macias adalah hasil undang-undang baharu yang diluluskan awal Jun lalu, yang memberikan kuasa luas kepada ketua negara serta mewujudkan kerangka perundangan bagi kerja risikan dan antirisikan.

Bagaimanapun, pertubuhan hak asasi Human Rights Watch menyatakan bahawa undang-undang berkenaan “mengandungi peruntukan berbahaya yang mengancam hak rakyat Ecuador.”

Ecuador kini berdepan krisis keselamatan apabila kumpulan dadah berpengaruh mula bertapak di negara yang dahulunya aman.

Kuantiti besar kokain diseludup melalui pelabuhan di pesisir Lautan Pasifik, terutamanya ke Eropah dan Asia.

Noboa turut mengisytiharkan darurat dan mengerahkan angkatan tentera untuk membanteras kumpulan jenayah berkenaan. – Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Tragedi feri karam: ‘Cooler box’ selamatkan bayi
Next: 19 terbunuh jet pejuang F-7 terhempas di sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.