Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Raja Belanda bakal melantik Jetten berusia 38 tahun sebagai Perdana Menteri termuda
  • GLOBAL

Raja Belanda bakal melantik Jetten berusia 38 tahun sebagai Perdana Menteri termuda

Utusan Sarawak 3 hours ago
PERDANA Menteri termuda Rob Jetten, 38, dalam sejarah Belanda akan mengangkat sumpah hari ini.

AMSTERDAM: Perdana Menteri termuda dalam sejarah Belanda akan mengangkat sumpah hari ini, hanya empat bulan selepas pilihan raya umum negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Rob Jetten, 38, juga merupakan individu pertama daripada parti liberal kiri, D66, yang menyandang jawatan politik tertinggi di Belanda.

Raja Willem-Alexander akan melantik Jetten dan Kabinet beliau pada 10.00 pagi (0900 GMT) di Istana Huis ten Bosch di The Hague.

D66 pimpinan Jetten memenangi pilihan raya pada akhir Oktober, menewaskan tipis Parti Kebebasan (PVV) pimpinan populis sayap kanan Geert Wilders.

Jetten telah membentuk gabungan dengan Demokrat Kristian dan liberal sayap kanan, namun kerajaan baharu ini tidak mempunyai majoriti di parlimen dan akan bergantung kepada undi daripada pihak pembangkang.

Pembentukan kerajaan baharu ini menandakan berakhirnya tempoh panjang kebuntuan dan perselisihan politik di Belanda.

Pentadbiran terakhir, yang melibatkan parti sayap kanan radikal Wilders, tumbang selepas hanya 11 bulan.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Darurat diisytiharkan di New York City, New Jersey susulan amaran ribut salji
Next: Ketua kartel dadah utama Mexico ‘El Mencho’ terbunuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.