Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia 2025 kembali gegarkan Sarawak
  • HIBURAN

Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia 2025 kembali gegarkan Sarawak

Utusan Sarawak 8 hours ago
MERIAH… Pengunjung menyaksikan persembahan konsert RWMF 2025. Foto: Norman B

KUCHING: Hari pertama Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2025 membuka tirainya dengan pelbagai bengkel budaya, aktiviti seni dan persembahan muzik yang meriah di Kampung Budaya Sarawak berkonsepkan tema “Connections: Our Earth, Our Life”.

Festival yang berlangsung dari pagi hingga malam ini mengetengahkan lebih 20 aktiviti merentasi pelbagai lokasi seperti Theatre Stage, Dewan Lagenda, Iban Longhouse, Waterfall Terrace dan banyak lagi.

PERSEMBAHAN daripada artis dari The Paradise Bangkok Molam International Band (Thailand) pada RWMF 2025. Foto: Norman B

Antara bengkel menarik yang berlangsung hari ini termasuk Discovering the Javanese Gamelan oleh Sugu Gamelan, Balafon of the Djeli oleh Mamadou Koita, Bath Bomo Workshop (Beading & Healing) oleh James Tiri & Natasha David, Community Drumming oleh Hands Percussion dan Supafunk Pirates dan Demonstrasi tradisi seperti tenunan, batik lilin dan ukiran kayu turut mencuri perhatian pengunjung.

Selain itu, sesi fireside chat bertajuk Connections Workshop oleh Kuntar Mindra (US/Mexico) memberi ruang kepada pengunjung untuk menyelami konsep keterhubungan budaya dan alam sekitar.

PERSEMBAHAN etnik Orang Ulu yang memukau pada RWMF 2025. Foto: Norman B

Konsert malam pula membuka tirai dengan Persembahan Miring dan persembahan istimewa oleh Mathew Ngau Jau bersama Lan E Tuyang (Sarawak), The Paradise Bangkok Molam International Band (Thailand), Naungan (Malaysia), Gaga Gundul (France & Indonesia), Seffarine (Morocco, Cuba, Sepanyol, AS & Iran), Otyken Siberia, Russia (Artis Utama) dan Meruked (Sarawak). 

Turut diadakan Program Jangkauan di Damai Central yang merangkumi pemeriksaan kesihatan mental, persembahan kebudayaan oleh Majlis Seni Sarawak (MSS) serta sesi fisioterapi oleh KPJ Kuching Specialist Hospital.

RWMF 2025 bukan sekadar festival muzik, tetapi medan pertemuan budaya dunia yang menekankan pemeliharaan warisan dan alam sekitar, menjadikan Sarawak sebagai hab seni budaya yang unik di rantau ini.

Oleh Norman B dan Melvera

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Chris Brown dijangka jawab pertuduhan kes serangan di Mahkamah London
Next: Teater muzikal Anak Jalanan, 20-22 Jun di Unimas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.