Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Raikan sambutan perayaan kaum di sekolah semai perpaduan
  • WILAYAH

Raikan sambutan perayaan kaum di sekolah semai perpaduan

Utusan Sarawak 5 months ago

CENDERAMATA.....ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing menerima cenderamata dari Guru Besar SK Rentap, Azeman Akel.

SARIKEI: Meraikan sambutan yang berlainan di sekolah akan memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali lebih mendalam sambutan perayaan kaum lain. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing berkata cadangan program untuk sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Rentap di sini, amat baik.

“Saya amat menyokong penuh cadangan ini kerana SK Rentap adalah sekolah majoriti pelajar kaum Iban. 

“Inilah keunikan di Sarawak kerana semua bangsa dapat merasai suasana sambutan hari perayaan yang berlainan,” katanya dalam satu kenyataan kepada media. 

Koung Hiing telah menghadiri jamuan akhir tahun SK Rentap di sini semalam.

Pada majlis itu, beliau diperkenalkan oleh Guru Besar SK Rentap, Azeman Akel kepada semua guru dan kerani sekolah yang baharu dan lama semasa jamuan. 

Jamuan akhir tahun yang diadakan oleh pihak sekolah tersebut juga adalah bertujuan menghargai Koung Hiing kerana telah banyak membantu menaik taraf prasarana sekolah seperti Dewan Serbaguna, jalan utama sekolah dan tempat letak kenderaan sekolah melalui kelulusan projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Meradong. 

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Mohd Chee terus terajui PBB Cawangan Kabong
Next: Wanita perlu proaktif gerak aktiviti ekonomi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.