Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Raih pendapatan melalui kraf tangan
  • TEMPATAN

Raih pendapatan melalui kraf tangan

Utusan Sarawak 5 years ago
KREATIF… Rita Bulo menunjukkan tikar yang dibuatnya dengan rotan yang berkualiti tinggi dan tahan lama.

MARUDI : Kerajinan Tangan dari rotan boleh memberi pulangan lumayan dengan menjualnya asalkan pembuatannya bagus, rapi dan juga pasaran tepat sasaran.

Dalam temubual Utusan Sarawak dengan salah seorang pembuat tikar rotan, Rita Bulo, 49, berbangsa Penan berasal dari Long Lamei, Ulu Baram, sudah lama berkecimpung dalam pembuatan tikar rotan sejak kecil lagi.

Katanya, beliau mempelajari kraf tangan tersebut daripada ibunya dan sehingga sekarang Rita berjinak rapat dengan pembuatan pelbagai jenis dan corak tikar rotan sebagai sumber rezeki.

Katanya kerja sepenuh masa dengan menganyam tikar mampu memberi pendapatan lumayan kepadanya cukup untuk menampung perbelanjaan dapur dan keluarganya.

Kata Rita, usaha demikian juga dilakukannya setelah mendapat pasaran memberangsangkan baik di Marudi mahupun di Miri.

Rita yang kini tinggal di Long Liling, Tengah Baram mengikut suaminya mampu meraih keuntungan ratusan ringgit menggunakan kreativitinya sendiri.

Katanya, beliau meletakkan harga berpatutan bergantung kepada corak tikar dan rotan yang digunakan dan juga bergantung kepada saiznya.

Rita biasanya menggunakan rotan yang berkualti tinggi iaitu seperti rotan “Enang dan rotan Samui” ( dalam bahasa penan) di mana Rita mampu membuat tiga tikar dalam sebulan.

“Itupun bergantung kepada saiz tikar dan corak tikar yang saya buat yang mana biasanya saya menganyam tikar bercorak bunga halus yang harga cukup mahal berbandingan dengan tikar bercorak bunga kasar,” kata Rita.

Menurut Rita paling mahal tikar yang pernah dijualnya ialah sehingga mencecah RM3,000 dan paling rendah sekitar RM800.00.

“Sambutan mengglakkan dan melalui hasil itulah saya dapat berbelanja pelbagai keperluan dan untuk juga kami sekeluarga,” tambah Rita.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Rakyat Malaysia tidak perlu dikuarantin
Next: Taman Negara jana pendapatan tambahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.