Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Rai kemenangan PSG, 2 terbunuh, 559 ditahan 
  • GLOBAL

Rai kemenangan PSG, 2 terbunuh, 559 ditahan 

Utusan Sarawak 3 days ago

Penyokong Paris St Germain berkumpul di Porte d'Auteuil selepas pasukan mereka menang Liga Juara-Juara.

PARIS: Dua terbunuh, beratus ditahan dan kereta dibakar di Perancis ketika peminat bola sepak meraikan kejayaan hebat Paris Saint-Germain menang Liga Juara-Juara awal pagi tadi, kata Kementerian Dalam Negeri, hari ini.

Kemeriahan memuncak terutama di Paris, apabila bunyi kenderaan, sorakan, nyanyian dan bunga api menghiasi malam selepas kejayaan PSG menang 5-0 mengatasi Inter Milan di Munich.

Kementerian berkata, 491 orang ditahan di ibu kota apabila peminat memenuhi Champs-Elysees dan pergaduhan tercetus dengan pihak berkuasa.

Di keseluruhan Perancis, termasuk di Paris, seramai 559 orang ditahan tambah kenyataan itu.

Dua kematian dicatatkan di tempat sambutan keraian.

Seorang lelaki yang menunggang skuter di Paris terbunuh apabila dilanggar kereta di bandar selatan, hanya beberapa kilometer dari Champs-Elysees.

Di bandar Dax, pemuda berusia 17 tahun terbunuh selepas ditikam kata pendakwa raya.

Kematian mangsa berlaku ‘ketika sambutan’ namun pihak berkuasa berkata mereka tidak tahu sama ada ia berkaitan final Liga Juara-Juara. – AFP

Continue Reading

Previous: Ratu Cantik Thailand, Suchata Opal dinobatkan Miss World 2025
Next: Hasina didakwa atas jenayah terhadap kemanusiaan di Tribunal Bangladesh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.