Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Rahsia Tuhan
  • RENCANA

Rahsia Tuhan

Utusan Sarawak 10 hours ago
MUSIM durian kembali memeriahkan gerai dan pasar tani di sekitar bandar ini apabila para peniaga mula menawarkan pelbagai jenis durian segar pada harga berpatutan, selain menarik pelanggan dengan pakej dan promosi kreatif masing-masing. Durian yang sinonim sebagai ‘raja buah’ terus menjadi pilihan pencinta buah-buahan tempatan apabila ramai peniaga berlumba-lumba menyediakan pelbagai pakej makan durian pada harga istimewa dan mampu milik. Peniaga gerai ‘DJ Durian’, Riezlan Rizal, 26, di Taman Ampangan turut menawarkan dua pakej menarik kepada pelanggan iaitu buffet pada harga RM30 seorang serta set talam dulang berharga antara RM100 hingga RM200 yang mengandungi kira-kira 10 kilogram durian terdiri daripada jenis kahwin, D24 dan udang merah. Foto BERNAMA

DALAM kehidupan ini, kita sering terperangkap antara apa yang kita lihat dengan mata kasar dan apa yang perlu kita fahami melalui mata hati.

Segala yang berlaku seperti keadaan suka atau duka, senang atau payah bukanlah satu kebetulan. Ia adalah susunan atau perjalanan hidup penuh rahsia oleh Tuhan.

Hanya mereka yang benar-benar melihat dengan pandangan mata hati akan mampu menyingkap hikmah di sebalik segala ujian dan nikmat dalam perjalanan hidupnya.

Untuk itu, mari kita menyelami RAHSIA TUHAN satu pendekatan hidup berasaskan akronim yang bukan hanya menjadi pedoman tetapi juga panduan untuk menenangkan jiwa dan meneguhkan langkah dalam menempuh kehidupan yang semakin mencabar dewasa ini.

R – REDHA Dibentuk Dalam Diri Melalui Kepercayaan Di Hati

Redha bukan bererti menyerah tanpa usaha. Sebaliknya, redha adalah penerimaan hati terhadap segala ketentuan Allah, walaupun ia tidak seperti yang kita impikan.

Ia lahir daripada keyakinan bahawa setiap yang datang dari Tuhan pasti ada hikmahnya dan tiada satu pun yang sia-sia dalam aturan-Nya.

Apabila hati sudah percaya kepada kebijaksanaan Allah, maka redha akan tumbuh dengan tenang. Tanpa redha, jiwa akan gelisah dan mudah memberontak.

Tetapi dengan redha, kita belajar melepaskan, bersyukur dan menikmati ketenangan yang hanya datang dari rasa percaya kepada-Nya.

A – AKUR Setiap Penentuan Allah

Akur bukanlah tanda kelemahan tetapi lambang penundukan seorang hamba terhadap kebijaksanaan Pencipta-Nya. Ia adalah pengakuan bahawa apa jua yang ditentukan oleh Allah sama ada kita faham atau tidak ia tetap mempunyai maksud dan nilai yang tersirat.

Dengan menerima qada’ dan qadar, seseorang menjadi lebih tenang dan bersedia menghadapi cabaran hidup. Dia sedar bahawa tiada satu pun berlaku tanpa izin-Nya dan setiap kejadian adalah sebahagian daripada rancangan Ilahi yang lebih besar.

H – HATI Bersih Dari Buruk Sangka

Hati yang dipenuhi dengan buruk sangka tidak akan mampu melihat rahsia Tuhan. Ia menjadi tertutup, gelap dan jauh dari cahaya hidayah.

Untuk menyingkap hikmah dalam setiap kejadian, kita perlu terlebih dahulu membersihkan hati daripada prasangka terhadap Allah dan juga terhadap sesama manusia.

Apabila hati dipenuhi keyakinan bahawa segala takdir mengandungi kebaikan, maka lahirlah jiwa yang lebih positif dan tenang. Inilah hati yang mampu melihat dengan mata hati di mana kita tidak mudah kecewa dan sentiasa percaya ada hikmah di sebalik setiap ujian.

S – SABAR Walaupun Realiti Pahit

Kesabaran adalah jambatan menuju rahmat Allah. Ia bukan sekadar menahan diri daripada marah atau kecewa, tetapi mencerminkan kecekalan hati dalam menempuh cabaran hidup dengan penuh pengharapan kepada-Nya.

Pahitnya ujian sering menjadi permulaan kepada manisnya pengajaran. Setiap dugaan adalah latihan bagi jiwa dan sabar menjadi perisai utama yang melindungi kita daripada berputus asa serta mendekatkan kita kepada Allah dengan penuh tawakal.

I – IMAN Landasan Penerimaan Dan Suatu Penyerahan

Tanpa iman, hati mudah goyah dan jiwa mudah resah. Imanlah yang menjadi asas kepada penyerahan diri yang sebenar kepada Allah dan penyerahan yang lahir daripada keyakinan, bukan paksaan.

Apabila iman sudah kukuh, penyerahan tidak lagi dirasa sebagai beban, sebaliknya menjadi sumber kelegaan. Kita reda bahawa segala keputusan bukan di tangan kita, tetapi di tangan Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengatur segalanya dengan sempurna.

A – ADAB Berbudi dan Berbakti

Adab adalah seni dalam menjalani kehidupan. Ia merangkumi tutur kata yang sopan, tindakan yang berakhlak serta keikhlasan dalam berbakti kepada sesama insan. Dalam apa jua keadaan, menjaga adab adalah satu perjuangan yang tidak boleh dipandang ringan.

Hidup ini bukan sekadar tentang apa yang kita perolehi tetapi tentang bagaimana kita memberi dan melayani orang lain. Adab mencerminkan jiwa yang telah diasuh dan dididik dengan panduan rahsia Tuhan melalui jiwa yang halus, mulia dan membawa ketenangan kepada sekelilingnya.

T – TAAT Setiap Kewajipan Insan

Ketaatan adalah asas kepada pengabdian seorang hamba. Allah tidak menuntut kesempurnaan tetapi meminta kita melaksanakan kewajipan dengan penuh taat sama ada dalam solat, menjaga amanah atau melaksanakan tanggungjawab sebagai anak, ibu bapa, pekerja dan juga rakyat.

Ketaatan menjadikan hidup lebih terarah dan bermakna. Daripada ketaatan inilah lahirnya pengabdian yang tulus, yang menjadi tanda cinta tertinggi seorang hamba kepada Tuhan-Nya dan cinta yang dibuktikan melalui tindakan, bukan hanya ucapan.

U – USAHA Tidak Mengenal Sukar

Setiap rezeki dan kejayaan tidak datang dengan sendiri, tetapi menuntut usaha yang berterusan. Jangan takut menghadapi kesukaran kerana kesukaran itulah sebahagian daripada rahsia Tuhan untuk membentuk kita menjadi lebih kuat, lebih cekal dan lebih bergantung kepada-Nya.

Kejayaan bukan semata-mata hasil kebolehan tetapi lahir daripada gabungan usaha, doa dan izin Allah. Usaha yang ikhlas menjadi pendorong kepada harapan yang menjadikan hati tidak cepat berputus asa, bahkan terus yakin bahawa pertolongan Tuhan sentiasa dekat.

H – HALAL Prinsip Pendekatan Dan Pematuhan

Segala yang kita makan, lakukan dan usahakan mestilah berpaksikan prinsip halal. Halal bukan hanya terbatas kepada makanan tetapi merangkumi seluruh cara hidup termasuk cara kita bekerja, berniaga dan berurusan sesama manusia.

Apabila kita patuh kepada prinsip halal, hidup akan menjadi lebih bersih, teratur dan diberkati. Keberkatan tidak akan hadir dalam sesuatu yang haram atau meragukan kerana Tuhan tidak akan menyertai usaha yang menyimpang daripada syariat-Nya.

A – ARIF Dalam Setiap Tanggungjawab

Menjadi arif atau bijaksana dalam melaksanakan tanggungjawab adalah satu tuntutan dalam kehidupan. Setiap tugas memerlukan ilmu, kefahaman dan kemahiran agar ia dapat dilaksanakan dengan berkesan. Niat yang baik sahaja tidak mencukupi jika tidak disertai dengan pengetahuan dan kebijaksanaan.

Apabila kita melengkapkan diri dengan ilmu dan berusaha menunaikan amanah dengan sebaiknya, barulah rahsia Tuhan mula terbuka sedikit demi sedikit.

Ia hadir dalam bentuk kemudahan, petunjuk dan keberkatan sebagai balasan kepada kesungguhan dan keikhlasan kita dalam menjalankan tanggungjawab.

N – NIAT Semuanya Kerana Allah

Segala yang kita lakukan mestilah bermula dengan niat yang tulus dan ikhlas.

Allah menilai amalan bukan semata-mata pada hasilnya tetapi pada apa yang tersembunyi di dalam hati. Niat adalah asas kepada setiap amal dan daripada nyalah segalanya dinilai.

Apabila niat itu benar-benar kerana Allah, ia menjadi rahsia paling agung antara hamba dan Tuhan-Nya.

Niat yang ikhlas akan menyucikan perbuatan, memberi keberkatan dan menjadikan hidup lebih bermakna walaupun tiada siapa yang melihat atau memuji.

‘Rahsia Tuhan’ bukanlah sesuatu yang dapat dilihat oleh mata tetapi dapat dirasai oleh hati yang bersih dan jiwa yang tunduk kepada-Nya.

Apabila kita melihat dengan mata hati dengan redha, sabar, iman dan usaha maka kita akan mula faham bahawa setiap detik dalam hidup ini adalah satu pelajaran, satu hikmah, satu rahmat yang semuanya adalah sebahagian daripada RAHSIA TUHAN.

Rahsia Tuhan hanya akan tersingkap kepada mereka yang sabar menunggu, ikhlas berusaha dan jujur menyerah diri kepada-Nya.

Wallahu Alam Bissawab

Continue Reading

Previous: Dipanggil ‘Wan Sekerat’, Muhammad Irwani tetap bersemangat cari rezeki
Next: Kuih bakar ‘Mahanoum’ rasa durian, daging dan sardin cetus nostalgia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.