Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ragad hulur sumbangan barangan keperluan asas
  • TEMPATAN

Ragad hulur sumbangan barangan keperluan asas

Utusan Sarawak 3 years ago
KENANGAN… Toh Puan Ragad merakam gambar bersama tetamu kehormat lain dan penerima sempena penyerahan sumbangan barangan keperluan asas daripada Ragad Foundation di Dewan Suarah Bau, Bau. Foto PENERANGAN

BAU: Isteri Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib menyempurnakan penyerahan sumbangan barangan keperluan asas menerusi Ragad Foundation.

Pada Program Kamek Prihatin, sebanyak 50 penerima yang melibatkan penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di Dewan Suarah Bau menerima sumbangan tersebut.

Pada majlis tersebut, Toh Puan Raghad menyerahkan sumbangan seperti beras, minyak masak dan beberapa keperluan asas lain seperti makanan kering kepada penerima yang mana bantuan ini merupakan sumbangan daripada Ragad Foundation bagi menyantuni masyarakat yang memerlukan semasa pandemik.

Ragad Foundation adalah sebuah yayasan di bawah naungan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di bawah seliaan Toh Puan Raghad sebagai Pengerusi Tetap dan ahli-ahlinya terdiri daripada sukarelawan tetap serta sambilan yang komited membantu golongan memerlukan.

Turut hadir, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah dan Dato Henry Harry Jinep serta isteri, Datin Christina Esni.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Terus pelihara kebersihan sungai
Next: Pan Borneo Sarawak siap hampir 80 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.