Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Rafizi dakwa urusan pelaburan RM1.1 bilion dilakukan dengan teratur, patuhi prosedur
  • NASIONAL

Rafizi dakwa urusan pelaburan RM1.1 bilion dilakukan dengan teratur, patuhi prosedur

Utusan Sarawak 13 hours ago
DATUK Seri Rafizi Ramli tiba di pekarangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi menyambung proses merekod keterangan buat kali ketiga berhubung kes pelaburan bernilai RM1.1 bilion di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa segala urusan berkaitan dokumen dan perjanjian berhubung pelaburan RM1.1 bilion dengan Arm Holdings dilakukan secara teratur serta mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.

Beliau berkata semua rekod penting termasuk minit mesyuarat, dokumen rasmi serta perjanjian berkaitan sememangnya wujud, dan yakin bahawa bukti-bukti itu boleh dikemukakan di mahkamah, jika perlu.

“Minit, dokumen dan perjanjian itu semua memang dah ada… jadi, sebab itu saya sangat yakin sebenarnya ia teratur dan terurus dari segi peraturan dan prosedurnya sebagaimana yang saya ingat telah melalui prosesnya dahulu semasa saya dalam kerajaan,” katanya.

Rafizi berkata demikian kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini selepas hampir lima jam dirakam keterangan.

Beliau tiba pada 1.50 tengah hari bagi meneruskan proses rakaman keterangan pada hari ketiga untuk membantu siasatan berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan melibatkan perjanjian kerjasama strategik industri semikonduktor antara Kementerian Ekonomi dengan syarikat itu yang berpangkalan di Cambridge, United Kingdom.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mohd Hafaz Nazar dalam kenyataan memaklumkan bahawa rakaman percakapan Rafizi selesai pada kira-kira 7 malam ini.

“Rakaman percakapan akan bersambung untuk hari keempat esok yang dijangka dibuat sebelah pagi,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Padini: Individu ditahan SPRM bukan warga kerja syarikat
Next: Haji tanpa visa berdosa walaupun sah, boleh didenda hingga 100,000 riyal Arab Saudi – Zulkifli

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.