Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RADDA dan DID laksana projek pembangunan bernilai RM120 juta
  • Tengah
  • WILAYAH

RADDA dan DID laksana projek pembangunan bernilai RM120 juta

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Len Talif Salleh.

SARIKEI: Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) akan melaksanakan projek pembangunan infrastruktur bernilai keseluruhan RM120 juta di kawasan Parit Bugis, Seberang Sarikei bagi memperkukuh potensi ekonomi dan pertanian kawasan tersebut.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak RM45 juta diperuntukkan menerusi RADDA bagi pembinaan jalan raya.

“Antara projek utama yang bakal dilaksanakan ialah pembinaan laluan yang menghubungkan Parit Bugis ke Sekolah Kebangsaan (SK) Muara Payang dan jalan sepanjang dua kilometer yang menghubungkan Parit Bugis ke Bukit Huang sebelum ke Batang Rajang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan cek pelaksanaan Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Warisan Susur Jambu di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei, semalam.

Len Talif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang turut memaklumkan bahawa pembinaan jambatan yang bakal menghubungkan Parit Bugis dengan kawasan Tanah Putih akan dilaksanakan.

“Dalam masa yang sama, saya juga sudah memohon untuk sementara waktu perkhidmatan feri bagi menyemberangi Batang Rajang, dari Bukit Huang ke Tanah Putih sementara kita menunggu pelaksanaan jambatan itu nanti,” katanya.

Katanya, sebanyak RM75 juta peruntukan dari Kerajaan Pusat disalurkan kepada DID untuk pelaksanaan projek pembinaan jalan ban di kawasan tersebut.

“Projek jalan ban yang mengelilingi kawasan berkenaan bernilai RM75 juta. Bermakna keseluruhan Parit Bugis, Bukit Huang dan Muara Payang akan di mempunyai jalan ban.

“Ia akan memberi manfaat kepada penduduk untuk meneruskan perusahaan pertanian mereka,” katanya.

Tambahnya, Parit Bugis merupakan pengeluar asal nanas Sarikei suatu ketika dahulu.

“Juga pada 1950-an, ia merupakan tempat mereka bertanam kopi, kelapa dan sebagainya.

“Pada masa ini, kawasan ini masih mengeluarkan sayur-sayuran.

“Kawasan ini mempunyai potensi untuk pertanian. Itulah sebabnya Kerajaan Pusat bersedia memperuntukkan RM75 juta untuk paip, parit dan pengairan air di kawasan berkenaan, dan juga kita menyediakan RM45 juta untuk jalan ke sekolah,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tujuh pertubuhan di Marudi terima peruntukan MRP
Next: Enam buaya ditangkap dalam tempoh 12 hari di perairan Daro

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.