Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Rachel ke suku akhir Piala Cincinnati Gaynor 2026
  • SUKAN

Rachel ke suku akhir Piala Cincinnati Gaynor 2026

Utusan Sarawak 3 hours ago
PEMAIN skuasy wanita negara Rachel Arnold.

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara Rachel Arnold mara ke suku akhir Piala Cincinnati Gaynor selepas menewaskan Menna Hamed dari Mesir, dalam perlawanan berlangsung di Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat (AS).

Pemain ranking ke-24 dunia itu yang mendapat kemenangan percuma pada pusingan pertama, tidak berdepan masalah untuk menang mudah 11-3, 11-7, 11-4 dalam tempoh 22 minit.

Bagaimanapun, tugas getir menanti pemain berusia 29 tahun itu dalam misinya memburu tempat ke separuh akhir apabila akan berdepan pilihan pertama Georgina Kennedy dari England, yang sebelum itu menewaskan seorang lagi pemain Malaysia Ainaa Amanani Ampandi dalam aksi suku akhir.

Georgina  menang mudah 11-8, 11-8, 11-4 dalam tempoh 24 minit. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Isak makin hampir kembali perkuat Liverpool

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.