Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rabies: Rawat segera jika digigit anjing, kucing
  • TEMPATAN

Rabies: Rawat segera jika digigit anjing, kucing

Utusan Sarawak 2 years ago
Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Dato Sri Dr.Sim Kui Hian bersama yang lain meninjau tapak projek Kompleks UNIFOR di Kuching, hari ini.
Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas menggesa masyarakat berganding bahu untuk mencapai sasaran vaksinasi dan sifar kematian akibat rabies.

“Saya bukan doktor tetapi saya mahu menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan rawatan segera apabila digigit anjing atau kucing. 

“Jika anda dapatkan empat dos vaksinasi yang lengkap dan rawatan segera apabila dicakar kucing atau digigit anjing, peluang untuk selamat adalah 99.9 peratus. 

“Jadi, jangan melihat kepada kesan gigitan, namun dapatkan rawatan segera.

“Rawatan adalah percuma di hospital awam, ini penting,” kata Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada sidang media semasa lawatan ke tapak projek Kompleks UNIFOR di Jalan Ong Tiang Swee di sini, hari ini. 

Satu mesyuarat berkenaan pencegahan wabak Rabies dan program vaksinasi anjing liar akan diadakan bagi menangani gejala wabak Rabies di negeri ini. 

Bagaimanapun Uggah tidak menyatakan tarikh mesyuarat tersebut akan diadakan. 

Katanya, mesyuarat tersebut akan melibatkan JPBN bersama Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Veterinar Sarawak (JVS).

“Saya dimaklumkan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) semalam (Khamis) bahawa lebih 70 peratus anjing di Sarawak telah divaksinasikan oleh Pasukan Penguatkuasaan Penampan Imun (IBET).

“Sehubungan itu kami akan semak perkara berkaitan kes-kes rabies dan Dato Sri Dr Sim Kui Huan bersama JPBN akan berbincang berhubung perkara ini nanti,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak projek Kompleks UNIFOR di Jalan Ong Tiang Swee di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kes seorang lelaki dari Kampung Bumbok Jalan Batu Kitang menjadi korban terbaharu wabak rabies di Sarawak kelmarin (10 Mei).

Justeru, Uggah mengingatkan orang ramai agar segera mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berhampiran bagi mengelak penularan wabak Rabies. 

“Isteri saya juga telah dicakar oleh kucing sebelum ini dan saya segera menghantarnya ke hospital dan dia telah diberikan empat suntikan rawatan.

“Disebabkan itu, jika anda mendapat rawatan segera dan melengkapkan vaksin pencegahan rabies, peluang untuk hidup amat tinggi sekitar 99 peratus. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang tahap serius calar gigitan selagi anda mendapatkan rawatan dengan segera.

“Ini sangat penting. Apa yang kita perhatikan adalah sebahagian daripada pesakit ini mereka hanya mendapatkan rawatan selepas mereka menderita dan sudah agak lewat,” ujarnya.

Sebelum ini, Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, mangsa, Jackery Jero, 50, dari Kampung Bumbok digigit anjing pada 3 April lepas di bahagian tangan kiri.

Tambah beliau, mangsa kemudian mendapatkan rawatan di klinik dan sehari selepas itu menerima vaksin wabak berkenaan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Mangsa mula mengalami demam panas yang teruk pada 25 hingga 27 April dan kesihatan mulai merosot sehingga tidak dapat berjalan pada 1 Mei sebelum disahkan meninggal dunia pada 10 Mei lepas,” katanya.

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: Rabies ragut nyawa Jackery Jero
Next: Tahap kemajuan binaan Kompleks UNIFOR capai 22.6 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.