Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rabies: DUN Batu Kitang rekod 2 kes ragut nyawa
  • TEMPATAN

Rabies: DUN Batu Kitang rekod 2 kes ragut nyawa

Utusan Sarawak 2 years ago
MERIAH… Sekitar suasana ramah tamah Aidilfitri Kampung Haji Baki di Dewan Serbaguna Kampung Haji Baki di sini, hari ini.
 

KUCHING: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang setakat ini merekodkan dua kes rabies yang meragut nyawa baru-baru ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang, kes direkodkan di Kampung Bumbok dan satu lagi kes adalah dari Kampung Tematu.

Katanya, dua kes pada tahun ini melibatkan mangsa berumur 50 dan 24 tahun itu yang dilaporkan meninggal dunia baru-baru ini. 

“Sebab itulah pentingnya mendapatkan rawatan segera selepas terkena gigitan anjing, sejurus selepas terkena gigitan, basuh luka kesan gigitan secepat mungkin dan terus ke hospital atau klinik terdekat untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa dengan dua kes yang direkodkan tersebut, ini bermakna wabak Rabies sudah merebak  luas.

“Oleh itu, kita mesti sentiasa berhati-hati dan peka akan kawasan sekeliling, sekiranya nampak anjing liar di tempat awam, elakkan untuk menghampiri mereka kerana mereka mungkin akan mengigit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis ramah tamah Aidilfitri Kampung Haji Baki di Dewan Serbaguna Kampung Haji Baki di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, Lo Khere Chiang turut menyumbang RM3,000 kepada Masjid Kampung Haji Baki, Kampung Haji Baki Blok A, Kampung Haji Baki Blok B DAN Kampung Haji Baki Blok C.

Seramai lebih kurang 1,000 pengunjung yang hadir memeriahkan majlis ramah tamah tersebut.

Majlis tersebut merupakan anjuran 16 badan bukan kerajaan (NGO) dari Kampung Haji Baki seperti Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) dan  Persatuan Ibu Tunggal.  

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: Ferderick Maldini juara Pertandingan Sape Junior 2023
Next: JATI disaran bantu masyarakat di Limbang, Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.