Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rabani bakal meriahkan Lan Berambeh Sungkei @ Kuching 2026 pada 14 Mac ini
  • TEMPATAN

Rabani bakal meriahkan Lan Berambeh Sungkei @ Kuching 2026 pada 14 Mac ini

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media penganjuran Lan Berambeh Sungkei @ Kuching 2026 di Bangunan Baitulmakmur II, Petra Jaya hari ini.

PETRA JAYA: Kumpulan nasyid popular, Rabani dijangka memeriahkan program Lan Berambeh Sungkei @ Kuching 2026 yang akan berlangsung di Padang Merdeka pada 14 Mac ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, program tersebut dijangka menghimpunkan masyarakat setempat dalam suasana berbuka puasa yang meriah serta memupuk semangat kebersamaan sepanjang Ramadan.

Menurutnya, pihak penganjur turut membuka peluang kepada restoran serta orang ramai yang ingin menyumbang pek makanan kepada pengunjung yang hadir ke program berkenaan.

“Restoran atau mana-mana pihak yang mahu menyumbang pek makanan boleh menghantar sumbangan mereka seawal 2.30 petang di lokasi program,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media penganjuran Lan Berambeh Sungkei @ Kuching 2026 di Bangunan Baitulmakmur II, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Karim turut memaklumkan bahawa sebanyak 1,500 bubur lambuk akan diagihkan kepada orang ramai sempena program Lan Berambeh Sungkei Belia 2026 yang akan diadakan di Kompleks Sukan Asajaya, Samarahan pada Sabtu ini (7 Mac).

Menurutnya, program tersebut dijangka menghimpunkan sekitar 1,700 peserta dan pengunjung yang akan bersama-sama berbuka puasa di lokasi berkenaan

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Kenyataan Zaid Ibrahim disifatkan cuba raih perhatian politik
Next: Insentif RM700 bukan untuk setiap pengamal media, hanya formula kira sumbangan persatuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.