Quality Concrete menang kontrak JBALB bina sistem bekalan air Mukah

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Quality Concrete Holdings Bhd melalui anak syarikatnya, QC Construction and Engineering Sdn Bhd, meraih kontrak bernilai RM294.59 juta dari Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak.

Dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini, Quality Concrete berkata kontrak itu berkaitan dengan cadangan Sistem Bekalan Air Mukah.

Ia berkata tempoh siap kontrak berlangsung selama 30 bulan, iaitu bermula pada Januari 2026.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan serta aset bersih syarikat dan kumpulan sepanjang tempoh kontrak,” katanya.- BERNAMA

Memahami 22 Julai 1963

MINGGU lalu, Sarawak telah meraikan satu peristiwa yang penuh bersejarah, iaitu Hari Sarawak. Sambutan Hari Sarawak menjadi lebih bermakna dengan

MimiFly ke Indonesia demi Bayan

KUALA LUMPUR: Demi menghidupkan watak Bayan dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), penyanyi MimiFly sanggup ke Indonesia bagi