Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Qatar lancar platform digital dalam talian pertama untuk pelabur asing
  • GLOBAL

Qatar lancar platform digital dalam talian pertama untuk pelabur asing

Utusan Sarawak 2 years ago

Platform dalam talian Invest Qatar Gateway, membolehkan pelabur asing mencari rakan kongsi perniagaan dalam sektor awam dan swasta di Qatar selain mencari dan membuat tawaran tender.

DOHA: Qatar melancarkan platform digital pertamanya pada Selasa untuk pelabur asing yang ingin meneroka peluang perniagaan di negara Teluk itu, lapor Xinhua memetik kenyataan Agensi Penggalakan Pelaburan (IPA).

Platform dalam talian Invest Qatar Gateway, membolehkan pelabur asing mencari rakan kongsi perniagaan dalam sektor awam dan swasta di Qatar selain mencari dan membuat tawaran tender, menurut IPA sebuah organisasi rasmi yang melancarkan platform itu.

Pelabur juga boleh berkomunikasi dengan pasukan perhubungan pelabur IPA menerusi platform itu untuk mendapatkan sokongan.

Agensi itu juga merancang untuk melancarkan Access Qatar akhir tahun ini untuk menyediakan pelabur dengan bantuan semasa ketibaan, pek maklumat khusus serta bantuan sepanjang masa menerusiĀ  aplikasi media sosial, menurut kenyataan itu. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Polis Indonesia tahan empat warga Uzbekistan
Next: Colombia naikkan tahap amaran letusan gunung berapi Nevado del RuizĀ 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.