Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Qari, Qariah dari Asajaya ungguli Tilawah Al-Quran Bahagian Samarahan 2025
  • Selatan
  • WILAYAH

Qari, Qariah dari Asajaya ungguli Tilawah Al-Quran Bahagian Samarahan 2025

Utusan Sarawak 1 day ago

GEDONG: Jubni Sulong dari Asajaya dinobatkan sebagai Johan Kategori Qari sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Samarahan 2025 yang berlangsung di Dewan Datuk Patinggi Ali, malam tadi.

Dengan kemenangan tersebut, beliau membawa pulang wang tunai RM1,000, trofi, hadiah iringan tajaan Baitulmal, serta emas seberat 0.5 gram.

Naib Johan disandang oleh Muhammad Hafiez Shafie dari Samarahan, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mohd. Nur Ikmal Kipli, juga dari Asajaya. Kedua-duanya menerima hadiah wang tunai masing-masing sebanyak RM700 dan RM500, berserta trofi, hadiah iringan dan emas 0.5g.

Tiga peserta lain, iaitu Ismawi Ibrahim (Samarahan), Kamil Majeni (Asajaya), dan Ariq Mustaqim Wan Bujang (Sebuyau), menerima hadiah saguhati berupa wang tunai RM50 dan hadiah iringan tajaan Baitulmal.

Sementara itu, Fasihah Arpa dari Asajaya turut mengharumkan nama daerahnya apabila dinobatkan sebagai Johan Kategori Qariah. Beliau membawa pulang RM1,000, trofi, hadiah iringan dan emas 0.5g.

Tempat kedua dimenangi oleh Siti Khadizah Hasan dari Gedong, manakala Nadirah Khaliqah Kasturi dari Samarahan meraih tempat ketiga. Kedua-dua mereka masing-masing menerima wang tunai RM700 dan RM500, trofi, hadiah iringan dan emas 0.5g.

Bagi kategori saguhati Qariah, penerimanya ialah Sharifah Rabiah Wan Muhamad (Simunjan), Sofiah Seman (Asajaya), dan Norbasitah Bahar (Gedong), masing-masing membawa pulang RM150 dan hadiah iringan tajaan Baitulmal.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penasihat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) MINTRED merangkap Wakil Khas ADUN Gedong, Dato Sri Mohd. Naroden Majais.

Majlis turut diserikan dengan persembahan qasidah oleh kumpulan Sautun Nur dari Madrasah Tahfiz An–Nur Gedong.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah ADUN Simunjan Awla Dris, Residen Bahagian Samarahan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tilawah Mohamad Irwan Bahari Bujang, Pegawai Agama Islam Bahagian Samarahan Bahrin Kawi, Pegawai Daerah Gedong Tamida Da’adi, Temenggong Masyarakat Melayu Samarahan Chek Bujang, Pemanca Daerah Gedong Abang Ronnie Abang Sa’adeli, Pegawai Daerah dari Samarahan, Asajaya, Simunjan dan Sebuyau, serta Ketua-ketua jabatan, ketua masyarakat, ketua kaum dan ahli majlis dari Gedong dan Simunjan.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 77 lampu solar disumbang untuk empat sekolah di Sarikei
Next: PML sokong penuh usaha pembangunan Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.