Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PVTLDM Cawangan Negeri Sarawak akan hadiri upacara memperingati Hari Pahlawan
  • Tengah
  • WILAYAH

PVTLDM Cawangan Negeri Sarawak akan hadiri upacara memperingati Hari Pahlawan

Utusan Sarawak 13 hours ago
TERIMA KASIH…. Unyok (tiga kanan) menyampaikan cenderahati kepada Ahli JAKPAW Rejimen 510 Askar Wataniah, Mejar Kehormat Wilson Ling Beng Lung semasa kunjungan hormat baru-baru ini.

SIBU: Buat julung kalinya, Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) Cawangan Negeri Sarawak akan menyertai Upacara Memperingati Hari Pahlawan Tahunan yang dijadual diadakan di Tebingan Tugu Cenotaph, Pulau Pinang pada 16 November ini.

Presidennya, Pegawai Waran 1 (B) Unyok Dasi berkata, penyertaan tersebut merupakan satu penghormatan besar kepada PVTLDM Cawangan Negeri Sarawak yang diundang secara rasmi oleh Persatuan Veteran Keselamatan Pulau Pinang (PVA) selaku penganjur acara berkenaan.

Beliau berkata, seramai lima ahli jawatankuasa induk termasuk dirinya akan berangkat ke Pulau Pinang sehari sebelum majlis berlangsung bagi menyertai dan memeriahkan upacara tahunan itu.

“Terima kasih atas jemputan ini. Bagi kami, ia bukan sahaja satu pengiktirafan, malah penghargaan terhadap sumbangan dan jasa veteran Sarawak kepada negara. Kami amat teruja dapat bersama rakan-rakan veteran dari seluruh negara untuk memperingati jasa para pahlawan,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

Unyok berkata, penyertaan itu juga memberi peluang kepada pihaknya untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara veteran dari Sarawak dan Pulau Pinang, di samping memperkukuh jaringan kerjasama serta semangat perpaduan dalam kalangan bekas anggota tentera.

Beliau turut memaklumkan bahawa pada 21 September lalu, PVTLDM Cawangan Negeri Sarawak telah dijemput menghadiri Upacara Memperingati Hari Pahlawan anjuran Persatuan Veteran Tentera Malaysia Kaum Cina (MACVA) yang diadakan di Tugu Negara, Kuala Lumpur.

Terdahulu, beliau mengetuai rombongan Ahli Jawatankuasa Induk PVTLDM Cawangan Negeri Sarawak mengadakan kunjungan hormat ke atas Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wartaniah (JAKPAW) Rejimen 510 Askar Wartaniah, Mejar Kehormat Wilson Ling Beng Lung di pejabatnya.

Dalam kunjungan itu, kedua-dua pihak membincangkan pelbagai perkara termasuk hala tuju persatuan, pelaksanaan aktiviti tahunan serta perancangan program bagi tahun hadapan.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM162,850 disumbangkan kepada gereja dan rumah panjang di Meradong
Next: BBP Lutong laksana ujian logistik hadapi Monsun Timur Laut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.