Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Putrajaya perlu juga beri perhatian keadaan asrama sekolah – Rodiyah
  • SEMASA

Putrajaya perlu juga beri perhatian keadaan asrama sekolah – Rodiyah

Utusan Sarawak 7 months ago

Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan diminta supaya turut memberi perhatian khusus ‘keperluan kecil’ ketika menangani masalah sekolah daif di Sarawak.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata antara keperluan itu adalah kemudahan di asrama seperti katil, tilam, almari, dan dewan makan. 

“Ini kerana, ramai pelajar luar bandar yang terpaksa tinggal di asrama sering berdepan dengan kemudahan yang sudah rosak atau uzur. 

“Tanpa kemudahan yang selesa dan kondusif, dibimbangi tumpuan mereka terhadap pelajaran dan perkembangan peribadi mereka akan terjejas. 

“Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar perhatian khusus juga perlu diberikan kepada ‘keperluan kecil’ ini,” katanya ketika berucap membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Rodiyah berkata menangani masalah bangunan sekolah daif tidak boleh terhad kepada pembaikan kecil sahaja. 

Katanya, jika tidak dinaik taraf secara holistik, sekolah-sekolah ini akan kembali kepada keadaan daif dalam masa singkat.

Beliau berkata dalam Belanjawan 2025, Kementerian Pendidikan telah menerima peruntukan sebanyak RM64.1 bilion iaitu peruntukkan tertinggi dalam sejarah. 

Daripada jumlah itu, RM1 bilion diperuntukan untuk menaik taraf bangunan sekolah daif di seluruh negara, bersamaan dengan kira-kira 1.55 peratus daripada keseluruhan peruntukan kementerian. 

“Kerajaan juga memperuntukkan RM1 bilion bagi menaik taraf prasarana daif di 543 bangunan sekolah terutamanya di Sabah dan Sarawak. 

“Untuk pengetahuan, setakat Jun 2024, terdapat 555 bangunan sekolah daif di Sarawak. Daripada jumlah itu, 361 berada pada skala 6 dan 194 pula pada skala 7.

“Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan,atas usaha membaik pulih tandas di lebih 8,300 sekolah melalui peruntukan bajet yang lalu. Dan, peruntukan terbaru 2025 melibatkan baikpulih kantin dan musalla,” katanya.

Continue Reading

Previous: Tujuh tahun berlalu, kejayaan PETROS pemangkin pembangunan Sarawak
Next: Batik Air lancar 10 penerbangan KL-Bintulu, 14 penerbangan KL-Miri setiap minggu mulai 1 Nov

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.