Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Putin tidak hadir rundingan damai Ukraine di Istanbul
  • GLOBAL

Putin tidak hadir rundingan damai Ukraine di Istanbul

Utusan Sarawak 9 hours ago
PRESIDEN Rusia Vladimir Putin tidak akan menghadiri rundingan damai Ukraine di Istanbul..

MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin tidak akan menghadiri rundingan damai Ukraine di Istanbul, Kremlin mengesahkan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Menurut kenyataan Kremlin, Putin akan menghantar penasihatnya, Vladimir Medinsky, ke Turkiye sebagai ketua delegasi.

Terdahulu, spekulasi meluas timbul mengenai kemungkinan kehadiran Putin ke rundingan yang dinanti-nantikan di kota metropolitan Turkiye itu.

Penasihat dasar luarnya, Yuri Ushakov, turut memberi bayangan pada Rabu bahawa Putin berkemungkinan besar tidak akan hadir.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky pula telah menyatakan hasrat untuk ke Turkiye secara peribadi bagi bertemu Putin, dengan alasan beliau tidak akan berunding dengan mana-mana individu lain kerana Putin merupakan pembuat keputusan dalam konflik dengan Ukraine.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, yang kini dalam rangka lawatan ke Teluk, mencadangkan beliau mungkin turut menghadiri rundingan tersebut sekiranya Putin hadir. “Saya tahu dia mahu saya berada di sana. Itu satu kemungkinan…Saya sedang mempertimbangkannya.”

Trump menambah: “Esok jadual kami penuh, anda faham maksud saya. Kami akan ke Emiriah Arab Bersatu esok. Jadi keadaannya sangat padat. Tetapi itu tidak bermakna saya tidak akan lakukannya demi menyelamatkan banyak nyawa dan kembali semula.”

Beliau berkata Setiausaha Negara AS Marco Rubio, pasti akan berada di Turkiye.

Menurut Rumah Putih, Rubio akan disertai dua utusan khas, Steve Witkoff dan Keith Kellogg.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Trump harap Qatar boleh jadi pengantara nuklear dengan Iran
Next: Bekas Presiden Mauritania dipenjara 15 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.