Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Putin berikan lampu hijau larangan penuh  penjualan vape di Rusia
  • GLOBAL

Putin berikan lampu hijau larangan penuh  penjualan vape di Rusia

Utusan Sarawak 13 hours ago
GAMBAR hiasan.

SAMARA (Rusia): Presiden Rusia Vladimir Putin meluluskan cadangan untuk melaksanakan larangan penuh terhadap penjualan vape atau rokok elektronik di Rusia, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).

“Lihat, Dmitry Nikolaevich (Chernyshenko, Timbalan Perdana Menteri Rusia) mengangguk. Kerajaan kita menyokongnya,” kata Putin ketika melawat pusat promosi sukan berubah suai (adaptif) di Samara.

Ketua gerakan awam Rusia Zdorovoe Otechestvo (Healthy Fatherland) Ekaterina Leshchinskaya mengemukakan permintaan itu kepada presiden.

Beliau menyatakan bahawa beberapa negara jiran dalam Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS) serta beberapa negara lain di dunia mempunyai pengalaman positif dalam melaksanakan larangan terhadap vape.

Pemimpin Rusia itu mengangguk tanda setuju terhadap permintaan beliau untuk “memberi arahan bagi melaksanakan larangan penuh ke atas vape di wilayah Rusia”.

“Keputusan sedemikian bukan sahaja penting, tetapi juga perlu disertai usaha yang sesuai dalam kalangan belia,” tegas presiden itu.

-Bernama  

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Tiga disahkan maut dalam insiden menara dandang runtuh di Korea Selatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.