Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Putera Mahkota Abu Dhabi tiba untuk lawatan khas empat hari ke Malaysia
  • NASIONAL

Putera Mahkota Abu Dhabi tiba untuk lawatan khas empat hari ke Malaysia

Utusan Sarawak 2 years ago
Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi Sheikh Khaled Mohamed Zayed Al Nahyan disambut Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa ketibaan baginda di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Baginda tiba di Malaysia semalam bagi memulakan lawatan khas empat hari ke Malaysia sehingga 24 Mei ini. FotoBERNAMA

SEPANG: Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi Sheikh Khaled Mohamed Zayed Al Nahyan tiba di sini malam tadi bagi memulakan lawatan khas empat hari ke Malaysia hingga 24 Mei ini.

Keberangkatan tiba baginda di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 8.42 malam disambut oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Sheikh Khaled kemudian diiringi Tengku Hassanal melalui Kawalan Kehormat Setempat oleh Angkatan Tentera Malaysia Unit I Rejimen Renjer Diraja yang diketuai Kapten Muhammad Shafiq Najmi Mazlan.

Ini merupakan lawatan sulung baginda ke Malaysia sejak ditabal sebagai Putera Mahkota Abu Dhabi dan dilantik sebagai Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi pada 29 Mac lepas.

Lawatan khas baginda dijangka mengukuhkan lagi hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang telah dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik pada 27 September 2022.

Sheikh Khaled dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok serta bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu berkepentingan bersama merangkumi hubungan dua hala, serantau dan antarabangsa semasa pertemuan itu.

Pada Selasa, baginda akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

UAE merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia, destinasi eksport kedua terbesar dan destinasi import kedua terbesar dari rantau Asia Barat.

Pada 2022, jumlah dagangan Malaysia dengan UAE meningkat sebanyak 73.5 peratus kepada RM38.73 bilion berbanding RM22.33 bilion bagi tahun sebelumnya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Cuaca panas cabaran guru Taska rancang aktiviti
Next: Agong perkenan lima akta diluluskan Parlimen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.