Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Putera Andrew lepas gelaran diraja di tengah dakwaan skandal Epstein
  • GLOBAL

Putera Andrew lepas gelaran diraja di tengah dakwaan skandal Epstein

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PUTERA Andrew adinda kepada Raja Charles III meninggalkan perkarangan selepas menghadiri Misa Requiem, iaitu upacara pengebumian Katolik, bagi mendiang Katharine, Duchess of Kent, di Katedral Westminster, London pada 16 September 2025 lepas. Foto fail AFP


LONDON: Putera Andrew, adinda kepada Raja Charles III pada Jumaat mengumumkan persetujuan untuk melepaskan semua gelaran diraja termasuk gelaran “Duke of York” , susulan dakwaan berterusan yang mengaitkannya dengan pesalah seks Jeffrey Epstein, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Buckingham, Putera Andrew menjelaskan bahawa setelah berunding dengan Raja Charles III serta kerabat diraja, mereka memutuskan bahawa dakwaan berterusan terhadap dirinya boleh menjejaskan tumpuan terhadap tanggungjawab rasmi Raja serta institusi diraja keseluruhannya.

“Sehubungan itu, saya tidak lagi menggunakan sebarang gelaran  mahupun penghormatan yang telah dikurniakan,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, Putera Andrew akan mengekalkan gelaran Putera, yang telah disandang sejak kelahirannya.

Putera Andrew turut menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya.

Bekas isterinya, Sarah, “Duchess of York”, juga tidak lagi menggunakan gelaran itu, manakala dua puteri mereka, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie akan kekal dengan gelaran diraja masing-masing.

Sebelum ini, Putera Andrew dilucutkan semua gelaran ketenteraan serta jawatan kehormat badan kebajikan.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: 3 maut, 35 cedera dalam kemalangan bas di Serbia
Next: Filipina batalkan beberapa penerbangan akibat Ribut Tropika Ramil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.