Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Putera Andrew dilucutkan gelaran putera – Istana Buckingham
  • GLOBAL

Putera Andrew dilucutkan gelaran putera – Istana Buckingham

Utusan Sarawak 13 hours ago
PUTERA Andrew akan kehilangan gelaran puteranya serta meninggalkan kediaman Royal Lodge.

LONDON: Putera Andrew akan kehilangan gelaran puteranya serta meninggalkan kediaman Royal Lodge, menurut kenyataan Istana Buckingham pada Khamis, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan itu, Raja Charles III telah memulakan proses rasmi untuk melucutkan “the Style, Titles and Honours of Prince Andrew.”

“Putera Andrew kini akan dikenali sebagai Andrew Mountbatten Windsor,” menurut kenyataan itu. 

Beliau akan berpindah dari Royal Lodge, kediamannya di Windsor ke “penempatan persendirian alternatif.”

Langkah itu diambil susulan perhatian umum yang semakin meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini berhubung kaitannya dengan seorang ahli kewangan Amerika Syarikat dan pesalah jenayah seksual, Jeffrey Epstein. 

“Tindakan ini dianggap perlu walaupun beliau terus menafikan segala tuduhan terhadap dirinya,” menurut kenyataan berkenaan.

Menurut laporan media Britain, Andrew akan berpindah ke kediaman baharu yang dibiayai secara peribadi oleh Raja Charles dan beliau tidak membantah keputusan baginda untuk menarik balik gelaran dirajanya.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Jerman lapor penularan selesema burung di sembilan negeri
Next: Sarawak tonjolkan potensi sebagai hab penerbangan serantau di Forum Antarabangsa 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.