Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pustaka Negeri Sarawak Miri bakal anjur Knowledge Camp 2026 di Bintulu
  • PENDIDIKAN

Pustaka Negeri Sarawak Miri bakal anjur Knowledge Camp 2026 di Bintulu

Utusan Sarawak 3 hours ago
ORANG ramai digalakkan menyertai Knowledge Camp 2026 di Perpustakaan Awam BDA Jepak, Bintulu yang akan berlangsung pada 15 hingga 17 Mei ini dengan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak dan remaja.

BINTULU: Pustaka Negeri Sarawak Miri akan menganjurkan Knowledge Camp 2026 di Perpustakaan Awam BDA Jepak selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Mei ini.

Program yang berlangsung dari 7.00 pagi hingga 10.00 malam itu menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak dan remaja.

Antara aktiviti yang disediakan ialah bengkel STEM, sukaneka, aerobik, literasi maklumat, sesi kaunseling, ceramah serta Talent Night.

Selain aktiviti pembelajaran, peserta juga berpeluang menyertai aktiviti santai dan berkumpulan yang disediakan sepanjang program berlangsung.

Program tersebut dianjurkan bagi memberi peluang kepada peserta mengisi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat di samping menambah pengetahuan dan pengalaman baharu.

Penganjuran Knowledge Camp 2026 turut mendapat kerjasama beberapa rakan strategik termasuk agensi pendidikan dan organisasi berkaitan.

Orang ramai yang berminat menyertai program berkenaan boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi platform media sosial Pustaka Negeri Sarawak Miri.

Oleh Faizah Muzidi

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pelajar SK St Edmund Limbang lakar kejayaan di Pertandingan TeenEagle

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.