Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Pustaka Negeri Sarawak Miri anjur Kempen Derma Darah Sabtu ini
  • KESIHATAN

Pustaka Negeri Sarawak Miri anjur Kempen Derma Darah Sabtu ini

Utusan Sarawak 12 mins ago
Pustaka Negeri Sarawak, Miri bakal menganjurkan Kempen Derma Darah terakhir bagi 2025 pada Sabtu ini.

MIRI: Pustaka Negeri Sarawak, di sini bakal menganjurkan Kempen Derma Darah terakhir bagi 2025 pada Sabtu ini.

Kempen itu akan diadakan di Emart Riam Shopping Mall bermula 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Bank Darah Hospital Miri bagi menyokong keperluan bekalan darah serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menderma darah.

Pegawai Pengurusan Korporat Pustaka Miri, Shirley Szebah Mambai berkata, penganjuran kempen ini selaras dengan fungsi Pustaka Negeri Sarawak sebagai pusat maklumat dan hab komuniti yang komited menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

“Sebagai sebuah institusi yang berfungsi sebagai pusat ilmu dan hab komuniti, Pustaka Negeri Sarawak komited untuk terus menyumbang kepada masyarakat melalui program-program bermanfaat seperti ini,” ujarnya.

Beliau menambah, kempen berkenaan turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 3: Kesihatan dan Kesejahteraan Baik melalui galakan gaya hidup sihat, serta SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat menerusi kerjasama erat dengan Hospital Miri dan Emart Riam Shopping Mall.

Sebagai penghargaan kepada masyarakat, 50 penderma pertama yang berjaya menderma darah akan menerima baucar Popular Bookstore bernilai RM30.

Selain itu, jamuan istimewa turut disediakan untuk semua penderma yang hadir.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Shirley Szebah Mambai di talian 085-422 525 atau melalui e-mel shirleysm@sarawak.gov.my.

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Persidangan Urologi Malaysia ke-34 tarik 650 penyertaan, lebih 500 dari luar Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.