Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Pustaka Negeri promosi catur kepada generasi muda
  • STAIL

Pustaka Negeri promosi catur kepada generasi muda

Utusan Sarawak 4 years ago
MENARIK PERHATIAN…Pameran catur menarik minat salah seorang pengunjung yang berkunjung ke Pustaka Negeri Sarawak untuk melihat susunan catur yang betul dan untuk mendapatkan maklumat mengenai permainan tersebut.

Permainan secara atas talian pada masa kini lebih menarik minat golongan remaja dan juga kanak-kanak berbanding dengan permainan tradisional yang semakin kurang dikenali dan dimainkan.

Justeru, pelbagai inisiatif perlu dilakukan bagi memastikan permainan tradisional sentiasa menjadi kebanggan dalam masyarakat agar ia tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Pameran Catur yang diadakan di Pustaka Negeri Sarawak bermula dari 18 Januari 2021 merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan oleh Pustaka Negeri untuk mendedahkan pengetahuan mengenai permainan tersebut kepada masyarakat.

Menurut Rozana Octovia Raymond Umpu, seorang pustakawan yang berkhidmat di Pustaka Negeri, pameran tersebut merupakan salah satu inisiatif bagi memperkenalkan permainan tersebut kepada masyarakat pelbagai golongan umur.

“Pameran ini diadakan bertujuan untuk menyalurkan maklumat pengetahuan mengenai permainan catur termasuk sejarah permainan tersebut, kepentingan dan faedah permainan catur serta cara-cara untuk bermain catur dengan kaedah yang betul.

“Selain itu, pameran ini turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada orang awam bahawa permainan catur ini bukan hanya dimain sebagai hiburan akan tetapi mampu memperkembangkan minda.

“Pameran ini turut dijayakan oleh Persatuan catur Sarawak dan Chai Yu Tak yang merupakan seorang guru dan juga pengumpul set-set catur yang unik,” ujarnya sewaktu ditemu bual Utusan Sarawak.

Di samping itu, Rozana yang juga merupakan penganjur pameran tersebut memaklumkan bahawa sambutan yang diterima daripada pameran tersebut adalah amat menggalakkan semenjak ia diadakan.

“Setakat ini sambutan yang diterima sangat menggalakkan daripada masyarakat pelbagai golongan umur dan bangsa. Misalnya, ramai yang berminat untuk membaca buku mengenai permainan catur yang disediakan, mengambil gambar dan sebagainya.

“Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, pameran ini tidak hanya menarik perhatian remaja dan dewasa bahkan mampu menarik perhatian dan minat kanak-kanak untuk mempelajari dan mencuba untuk bermain permainan catur tersebut,” maklum beliau.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa pameran tersebut juga diadakan bagi memupuk minat membaca kalangan masyarakat.

“Selain itu, pameran ini juga diadakan bagi memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat memandangkan Pustaka juga turut menyediakan pelbagai buku yang berkaitan dengan permainan catur dan ia sesuai untuk dibaca semua lapisan semua masyarakat.

“Buku tersebut juga sesuai dibaca golongan yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia catur bagi mengasah bakat yang ada dalam diri mereka.

“Pameran seperti ini merupakan pameran bertema dan diadakan pada setiap bulan. Permainan catur dipilih sebagai tema utama pameran untuk bulan Januari dan Februari berdasarkan topik terkenal atau ‘trending’ yang menjadi bualan masyarakat,” jelasnya.

Oleh RYNNA SHA’ERRA
Foto ANDRE OLIVEIRO

Continue Reading

Previous: Izzat bawa pertanian salad ke tanah rendah
Next: Team Avengers HIKMAH Miri lancar Projek Infaq Susu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.