Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pusat sehenti kraf perkasa industri kraf tempatan
  • SEMASA

Pusat sehenti kraf perkasa industri kraf tempatan

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Lembaga SCC hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Majlis Kraf Sarawak (SCC) bakal memiliki sebuah pusat sehenti kraf yang serba lengkap di ibu negeri ini, seiring dengan usaha berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh serta memperkasa industri kraf tempatan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pusat tersebut akan dikenali sebagai Pusat Kraf Sarawak, dan akan menempatkan pejabat rasmi SCC, galeri pameran serta ruang jualan produk kraf.

“Kuching sebagai ibu negeri mesti mempunyai Pusat Kraf Sarawak yang lengkap. Tapaknya telah dikenal pasti, iaitu dua ekar tanah di belakang Kuil Sikh sehingga ke jalan menuju Muzium Budaya Borneo,” jelas beliau selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Lembaga SCC di sini, hari ini.

Katanya, lokasi berkenaan strategik kerana berdekatan dengan stesen Sistem  Aliran Transit Automasi (ART) dan Muzium Budaya Borneo, sekali gus menjadi pusat tumpuan pelancong dan aktiviti kebudayaan.

“Di muzium, pelawat tidak boleh membeli produk kraf secara langsung. Jadi pusat kraf ini akan menjadi tempat pelawat mendapatkan hasil kraf Sarawak selepas kunjungan ke muzium,” tambahnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya merancang untuk memperkenalkan Hari Kraf Sarawak sebagai satu bentuk pengiktirafan kepada penggiat kraf tempatan yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

“Kita mahu ada satu hari khas untuk kraf, supaya penggiat kraf yang cemerlang dapat diberi penghargaan – mungkin dalam bentuk sijil, anugerah atau gelaran ikon,” katanya.

Langkah ini menurut beliau, sejajar dengan matlamat SCC untuk bukan sahaja melindungi dan memelihara warisan kraf, malah mengangkat industri ini sebagai pemangkin ekonomi serta penyatu komuniti pelbagai kaum di Sarawak. – UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 1,561 kekosongan jawatan ditawarkan di SCaT Fair 2025
Next: Mohd Khalid Ketua Polis Negara baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.