Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Pusat Satelit Jantung akan diwujudkan di Hospital Sibu
  • KESIHATAN

Pusat Satelit Jantung akan diwujudkan di Hospital Sibu

Utusan Sarawak 8 hours ago
HOSPITAL Sibu.

SIBU: Pusat satelit jantung bakal diwujudkan di Hospital Sibu bagi memberikan perkhidmatan kepada pesakit di wilayah tengah Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, kira-kira 80 peratus kes berkaitan jantung dari kawasan sekitarnya akan dapat dirawat di Sibu apabila pusat itu mula beroperasi kelak dan selebihnya akan dirujuk ke Kuching.

Menurutnya, kerajaan Sarawak komited untuk memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

“Ketika ini, semua pesakit jantung dari Sibu perlu dirujuk ke Kuching untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Perlantikan kepada Ketua Masyarakat di Daerah Sibu, hari ini. 

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu turut memberitahu, Hospital Sibu juga akan dilengkapi dengan mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) jantung dalam masa terdekat.

Ini akan menjadi mesin MRI pertama di Sibu dan yang kedua di Sarawak selepas Kuching. 

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kesihatan Awam Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting, serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: KKM perkukuh saringan di pintu masuk antarabangsa susulan wabak Nipah di India
Next: Virus Nipah: Rakyat Malaysia yang melancong ke India digesa ambil langkah berjaga-jaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.