Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Pusat Perubatan Rejang baharu RM250 juta dijangka tarik pulang tenaga pakar ke Sibu
  • KESIHATAN

Pusat Perubatan Rejang baharu RM250 juta dijangka tarik pulang tenaga pakar ke Sibu

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIMBALAN Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting ketika mendengar taklimat mengenai pelan pembangunan fasa kedua Pusat Perubatan Rejang (RMC) oleh arkitek Chang Jih Ren di Sibu, hari ini.

SIBU: Pembangunan Pusat Perubatan Rejang (RMC) baharu bernilai RM250 juta dijangka menjadi pemangkin utama kepada peningkatan standard perkhidmatan kesihatan serta usaha menarik pulang tenaga profesional berkualiti ke Sibu dan wilayah sekitarnya.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting, berkata pembangunan pusat perubatan bertaraf tinggi itu bukan sahaja memberi manfaat kepada pesakit, malah berpotensi menangani isu ‘brain gain’, iaitu kemasukan tenaga pakar dan profesional berkemahiran tinggi, yang sekian lama membelenggu bandar ini.

“Kita pernah berdepan isu ‘brain gainʼ apabila ramai anak tempatan berhijrah ke luar negara, termasuk ke Singapura. Harapan saya, RMC bukan sekadar menjadi tempat rawatan apabila sakit, tetapi pusat yang membuka peluang pekerjaan dan menarik pulang bakat-bakat hebat dari Sibu dan kawasan sekitarnya,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pelancaran fasa kedua pembinaan Pusat Perubatan Rejang Baharu di sini, hari ini.

Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata, tempoh pembinaan projek tersebut yang disasarkan antara dua hingga tiga tahun adalah realistik dan berharap ia dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Projek ini dijangka siap pada 2028 dan saya berharap projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar kerana kehadiran RMC akan memberi kesan limpahan positif kepada pusat perubatan lain, mendorong peningkatan standard perkhidmatan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,” jelasnya.

Mengulas perkembangan RMC, beliau menyifatkan perjalanan pusat perubatan itu sepanjang 23 tahun sebagai satu transformasi yang membanggakan.

“RMC bermula sebagai hospital bersalin yang diterajui pakar sakit puan dan kini berkembang menjadi pusat perubatan berskala besar. Transformasi ini wajar diberi pujian,” katanya.

Justeru, beliau optimis Sibu berpotensi muncul sebagai hab perubatan utama di rantau ini dalam tempoh dua dekad akan datang.

“Saya berharap dalam 20 tahun akan datang, Sibu akan dikenali sebagai hab perubatan dengan kepakaran dan minda terbaik, sama ada yang berkhidmat di dalam atau luar negara,” ujarnya.

Dalam pada itu, Clarence turut menyuarakan harapan agar RMC memperluaskan perkhidmatan kepada bidang perubatan estetik dan pembedahan plastik pada masa hadapan.

“Saya berharap RMC dapat memperkenalkan disiplin baharu seperti perubatan estetik dan pembedahan plastik. Ini memerlukan kepakaran khusus dan standard perubatan yang lebih tinggi,” katanya.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang; Ahli Dewan Negara, Senator Robert Lau Hui Yew; Pengarah Urusan Pusat Perubatan Rejang, Dr John Tang; Pengarah Urusan Kumpulan Hospital Borneo, Dr Peter Tang Ing Bing; Presiden Sarawak Chinese Annual Conference (SCAC), Rev Lau Hui Ming dan arkitek projek daripada JRC Architects, Chang Jih Ren.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Bekalan darah perlu diperkukuh menjelang musim perayaan
Next: KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.