Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pusat Perubatan Rejang baharu pacu akses kesihatan, pelancongan perubatan wilayah tengah Sarawak
  • TEMPATAN

Pusat Perubatan Rejang baharu pacu akses kesihatan, pelancongan perubatan wilayah tengah Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
 TERIMA KASIH…Dr Peter Tang (empat dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Clarence Ting sebagai tanda penghargaan menghadiri majlis berkenaan.

SIBU: Pembangunan Pusat Perubatan Rejang (RMC) baharu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk di wilayah tengah Sarawak, selain meletakkan Sibu sebagai pemain penting dalam sektor pelancongan perubatan serantau.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang berkata, projek itu berpotensi menarik pesakit dari seluruh Borneo dan kawasan sekitarnya, sejajar dengan agenda kepelbagaian ekonomi negeri.

“Hospital tertiari berkapasiti 250 katil ini bakal membawa perubahan ketara kepada landskap kesihatan Sarawak, khususnya dari segi peningkatan kapasiti penjagaan kesihatan tertiari di Sibu serta usaha menyahpusatkan perkhidmatan perubatan kepakaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran fasa kedua pembinaan Pusat Perubatan Rejang baharu yang dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting di sini, hari ini.

Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata, ketika ini wilayah tengah masih bergantung kepada perkhidmatan kesihatan di Kuching, dan pembangunan RMC baharu dijangka mengurangkan beban kemudahan kesihatan awam di ibu negeri itu.

Menurutnya, kemudahan berkenaan akan membawa rawatan kepakaran yang kritikal lebih dekat kepada rakyat, sekali gus mengurangkan masa perjalanan dan meningkatkan akses kepada perkhidmatan perubatan penting, khususnya bagi penduduk Kapit, kawasan pedalaman serta sepanjang Lembangan Rajang.

“Sama ada dari Kapit, kawasan pedalaman atau sepanjang Lembangan Rajang, hospital ini akan mengurangkan masa perjalanan dengan ketara serta meningkatkan akses kepada perkhidmatan perubatan kritikal,” katanya.

Dalam pada itu, Tiang merakamkan penghargaan kepada pengurusan Pusat Perubatan Rejang atas pelaburan berterusan dalam teknologi moden, kemudahan perubatan canggih dan perkhidmatan kepakaran di Sibu serta seluruh wilayah tengah.

Beliau berkata, usaha tersebut bukan sahaja memperkukuh sistem kesihatan, malah menyumbang kepada pembinaan masa depan yang lebih berdaya tahan, sihat dan mampan untuk rantau berkenaan.

Tiang turut menegaskan bahawa pembangunan sebenar Sarawak tidak hanya diukur melalui pertumbuhan ekonomi atau angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sebaliknya merangkumi peningkatan kualiti hidup rakyat tanpa mengira lokasi.

“Pembangunan sebenar adalah tentang meningkatkan kualiti hidup setiap rakyat Sarawak, sama ada di bandar atau di kawasan pedalaman. Dalam hal ini, perjalanan Pusat Perubatan Rejang benar-benar melambangkan kisah kejayaan Sarawak yang unggul,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Negara, Senator Robert Lau Hui Yew; Pengarah Urusan Pusat Perubatan Rejang, Dr John Tang; Pengarah Urusan Kumpulan Hospital Borneo, Dr Peter Tang Ing Bing; Presiden Sarawak Chinese Annual Conference (SCAC), Rev Lau Hui Ming dan arkitek projek daripada JRC Architects, Chang Jih Ren.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: GEN 16 anjur Program Kembali ke Sekolah, agih 300 beg sekolah di Muara Tuang
Next: Sumbangan kerajaan sokong keperluan asas penerima JKM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.