Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pusat pengumpulan dan kilang getah akan dibina di Sarawak, termasuk di Limbang
  • Utara
  • WILAYAH

Pusat pengumpulan dan kilang getah akan dibina di Sarawak, termasuk di Limbang

Utusan Sarawak 8 hours ago
INDUSTRI GETAH…Datuk Dr Abdul Rahman pada Majlis Program Tranformasi Industri Getah Sarawak di Dewan Kampung Bunga Raya, Limbang.  

LIMBANG: Lembaga Industri Getah Sarawak (SARIB) akan membina pusat pengumpulan dan kilang getah di seluruh Sarawak termasuk di daerah ini bagi membuka saluran pemasaran lebih praktikal serta menyokong penjualan terus tanpa orang tengah.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, SARIB turut bekerjasama dengan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) untuk memasarkan getah yang diproses di Limbang dan Lawas ke negeri itu.

“SARIB merancang membina pusat-pusat pengumpulan dan kilang getah di seluruh Sarawak termasuk di Limbang. Kita juga mempunyai rancangan mewujudkan Pusat Pengumpulan Lateks di Limbang dengan kerjasama RISDA bagi memastikan hasil torehan pekebun kecil dapat terus dibeli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Program Transformasi Industri Getah Sarawak di Dewan Kampung Bunga Raya, di sini, hari ini.

Menurutnya, SARIB akan bekerjasama dengan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) serta 28 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh negeri termasuk Limbang dan Lawas bagi mewujudkan rantaian perkhidmatan menyeluruh merangkumi penyelidikan, khidmat teknikal, bantuan input pertanian, urusan pembelian dan pemasaran.

“Pendekatan ini bertujuan memberi keyakinan kepada penoreh getah untuk terus mengusahakan kebun sedia ada kerana hasil mereka mempunyai jaminan pasaran,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan Sarawak menghargai kerjasama strategik pelbagai pihak termasuk LIGS yang bersedia membeli getah dari Limbang dan Lawas, mengambil kira faktor logistik yang lebih hampir berbanding penghantaran ke Kuching.

Langkah pengukuhan ekosistem industri getah itu, katanya, bukan sahaja meningkatkan kredibiliti produk getah Sarawak, malah menjamin pulangan lebih adil kepada pekebun kecil serta merancakkan ekonomi komuniti secara mampan.

Turut hadir, Pengurus Besar SARIB Make Jiwan dan Timbalan Residen Limbang Marie Cotilla Louise @ Rozita Kulai.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Pempengaruh media sosial maut dalam kemalangan kendiri di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.