Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pusat kuarantin Covid-19 berisiko rendah diaktifkan
  • NASIONAL

Pusat kuarantin Covid-19 berisiko rendah diaktifkan

Utusan Sarawak 5 years ago

KOTA TINGGI, 4 Okt -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berbincang sesuatu dengan pemimpin-pemimpin jawatankuasa Combi selepas merasmikan Penutup Sesi Town Hall Pembudayaan Norma Baharu dalam Komuniti Bagi Mencegah Penularan COVID-19 bersama Pemimpin Combi hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

BINCANG… Datuk Seri Dr Adham Baba berbincang sesuatu dengan pemimpin jawatankuasa Combi selepas merasmikan Penutup Sesi Town Hall Pembudayaan Norma Baharu dalam Komuniti Bagi Mencegah Penularan Covid-19 bersama Pemimpin Combi semalam. • Foto BERNAMA

KOTA TINGGI: Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di seluruh negara sudah sedia untuk diaktifkan semula sekiranya pandemik berkenaan terus mencatatkan peningkatan kes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Beliau berkata, pada masa ini terdapat 36 pusat sedemikian di 118 hospital kerajaan serta Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) selain pusat lain yang diwartakan Majlis Keselamatan Negara seperti Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang, Selangor.

“Kita sentiasa bersedia (untuk mengaktifkan pusat kuarantin) dan renovate tempat seperti ILKKM.

“Kalau kes bertambah kita reactivate,” kata- nya, kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup Sesi Townhall Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti Bagi Mencegah Penularan Covid-19 Bersama Pemimpin Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI), di sini semalam.

Katanya, keseluruhan pusat kuarantin tersebut menyediakan 3,467 katil dan kementerian akan berbincang dengan institut latihan lain untuk dijadikan pusat kuarantin tambahan sekiranya keadaan memerlukan.

Sementara itu, Dr Adham berkata, kira-kira 20 juta individu direkodkan sudah mendaftar dan menggunakan aplikasi MySejahtera dengan satu bilion ‘check-in’ dicatatkan di seluruh negara.

“Ada dua faktor yang menjadikan kita pantas mengesan Covid-19, yang pertama ialah kebijaksanaan dan keberkesanan pasukan kita mengesan, dan keduanya, ke- sediaan 58 makmal kita dalam menjalankan ujian termasuk swasta,” kata- nya.- Bernama

Continue Reading

Previous: PKPDB bermula tengah malam semalam
Next: 290 pemberi maklumat diberi perlindungan SPRM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.