Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pusat Komuniti Kampung Melango Baru dibina melalui RTP
  • WILAYAH

Pusat Komuniti Kampung Melango Baru dibina melalui RTP

Utusan Sarawak 7 hours ago
ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa mengadakan lawatan tapak projek RTP bagi 2026 telah diadakan di Kampung Melango Baru, Saratok. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Pusat komuniti baharu akan dibina di Kampung Melango Baru di sini menerusi peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi tahun ini. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata projek bina baharu Pusat Komuniti Kampung Melango Baru Saratok itu bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan sosial dan kemasyarakatan penduduk setempat, sekali gus menyediakan kemudahan lebih selesa untuk pelbagai aktiviti komuniti.

Katanya, projek tersebut akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Saratok selaku agensi pelaksana yang bertanggungjawab memastikan pelaksanaan berjalan lancar mengikut spesifikasi dan jadual ditetapkan.

Beliau turut memaklumkan bahawa satu lawatan tapak projek RTP bagi 2026 telah diadakan baru-baru ini bagi meninjau lokasi serta membincangkan keperluan teknikal sebelum kerja pembinaan dimulakan.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa mengadakan lawatan tapak projek RTP bagi 2026 telah diadakan di Kampung Melango Baru, Saratok. Foto ADUN Kalaka

Lawatan tersebut disertai Pegawai Pejabat Residen Bahagian Betong, Kato Dorsie; wakil agensi pelaksana JKR Saratok, Shahril; wakil Pejabat Daerah Saratok, Aida Labau; Setiausaha Kehormat PBB Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad; serta Ketua Kaum, Jamahri@Jamahari Gom dan Yusuf Terang.

Mohamad Duri berkata, kerjasama erat antara pejabat residen, pejabat daerah dan agensi teknikal amat penting bagi memastikan setiap projek di bawah RTP dapat memberi impak maksimum kepada rakyat.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa mengadakan lawatan tapak projek RTP bagi 2026 telah diadakan di Kampung Melango Baru, Saratok. Foto ADUN Kalaka

“Dengan terbinanya pusat komuniti ini nanti, pelbagai aktiviti dan program dapat dilaksanakan dengan lebih selesa oleh penduduk setempat, termasuk program kemasyarakatan, pendidikan serta aktiviti belia,” katanya.

Beliau berharap projek berkenaan dapat direalisasikan mengikut perancangan dan seterusnya memperkukuh perpaduan serta kesejahteraan komuniti di Kampung Melango Baru, sejajar dengan aspirasi pembangunan luar bandar yang inklusif dan mampan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ops Siaga Raya, Kempen Keselamatan Kebakaran perkukuh kesiapsiagaan JBPM Sarawak
Next: SK Kabo Hilir anjur Piala YB Friday Belik, tawar hadiah RM4,000 kepada juara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.