Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pusat Khidmat Repok agih kalendar 2026 dan kad Krismas kepada rumah panjang
  • Tengah
  • WILAYAH

Pusat Khidmat Repok agih kalendar 2026 dan kad Krismas kepada rumah panjang

Utusan Sarawak 3 hours ago
TERIMA KASIH….Penduduk rumah panjang menerima kalender 2026 dan kad Krismas daripada Kapitan Ling Dien Yong. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Semangat kebersamaan masyarakat terus diperkukuh apabila Pusat Khidmat Repok yang diketuai Kapitan Ling Dien Yong melawat beberapa rumah panjang bagi mengagihkan kalendar 2026 dan kad Krismas sumbangan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii.

Antara rumah panjang yang diziarahi adalah Rumah Musit Merun, Rumah Jessica Patrick, Rumah Gundak Ahlin, Rumah Limbang Maleng, Rumah Clement Asuh, Rumah Bajut Pak dan Rumah Semanggang Migih.

Jurucakap Pusat Khidmat Repok, berkata program tersebut bertujuan menyantuni komuniti rumah panjang menjelang musim perayaan Krismas selain meneruskan tradisi kunjungan mesra yang sering dilaksanakan setiap tahun. 

“Pengagihan kalendar dan kad Krismas ini adalah simbol penghargaan Dato’ Sri Huang Tiong Sii kepada masyarakat. 

“Beliau sentiasa menekankan pentingnya hubungan kekeluargaan dan semangat perpaduan di kawasan Repok dan Parlimen Sarikei,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Tambahnya, kunjungan ini bukan sahaja membawa sumbangan, tetapi juga memberi ruang untuk Pusat Khidmat Repok mendengar perkembangan dan keperluan semasa penduduk.

“Lawatan ini memberi peluang kepada kami untuk berinteraksi secara langsung dan memahami keadaan masyarakat di lapangan. 

“Ini adalah komitmen berterusan untuk memastikan tiada komuniti yang terpinggir,” katanya.

Sementara itu, penduduk rumah panjang yang diziarahi turut menzahirkan penghargaan atas perhatian berterusan Dato’ Sri Huang Tiong Sii serta usaha Pusat Khidmat Repok dalam mendekati masyarakat secara konsisten.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 15 pelajar PPDK Sarikei sertai program sokongan hidup asas dan kem berdikari
Next: Tiga kawasan dikenal pasti lokasi kerap banjir di Kampung Jeriah jadi fokus MPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.