Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pusat Khidmat N39 Krian dan PDP Krian hulurkan sumbangan kepada mangsa banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Pusat Khidmat N39 Krian dan PDP Krian hulurkan sumbangan kepada mangsa banjir

Utusan Sarawak 1 day ago
PUSAT Khidmat N.39 Krian dan PDP Krian tampil menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di PPS Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Krian

SARATOK: Prihatin terhadap nasib mangsa bencana banjir yang terjejas, Pusat Khidmat N.39 Krian bersama Pergerakan Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP) Krian tampil menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah, hari ini.

Sumbangan berupa barang makanan dan air minuman tersebut disampaikan oleh wakil Pusat Khidmat N.39 Krian, Reza Nalang bersama barisan Pemuda PDP Krian sebagai tanda keprihatinan terhadap mangsa dari Rumah Ason, Tembawai Kapok, Awik yang ditempatkan di PPS berkenaan sejak semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata pihaknya amat menghargai semangat bantu-membantu serta keprihatinan pelbagai pihak yang turun menyumbang bagi meringankan beban kepada mangsa banjir.

“Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus menjalankan tugas tanpa mengenal penat lelah,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada anggota keselamatan dan agensi yang terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).

Friday berkata, kerjasama padu antara semua agensi ini amat penting bagi memastikan urusan menyelamat, pemindahan dan kebajikan mangsa berjalan dengan lancar serta teratur.

Beliau turut menggesa agar masyarakat terus bersatu hati dan saling membantu antara satu sama lain dalam menghadapi musibah banjir yang melanda, di samping terus mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin.

Turut hadir pada majlis tersebut, Pegawai Daerah Saratok yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid, Pemanca Lim Guan Ann serta petugas-petugas di PPS berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Komitmen kerajaan perkukuh pembangunan luar bandar demi kesejahteraan rakyat
Next: Ekspo Belia jadi platform pendedahan dan jaringan belia di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.