Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pusat Hemodialisis Saratok terima naik taraf laluan dan parkir demi keselesaan pesakit
  • Tengah
  • WILAYAH

Pusat Hemodialisis Saratok terima naik taraf laluan dan parkir demi keselesaan pesakit

Utusan Sarawak 2 days ago
GAPOR Ahmad yang mewakili ADUN Kalaka telah merasmikan Program Larian Santai 5 kilometer anjuran Hospital Saratok, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka.

SARATOK: Satu projek naik taraf jalan dan kawasan parkir di Pusat Hemodialisis, Hospital Saratok akan dilaksanakan melalui peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bernilai RM170,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata projek berkenaan merupakan antara usaha meningkatkan kemudahan infrastruktur kesihatan khususnya untuk pesakit yang mendapatkan rawatan dialisis.

Menurut beliau, penyediaan laluan dan parkir yang lebih baik akan memberi keselesaan kepada pesakit serta ahli keluarga mereka, di samping melancarkan pergerakan masuk dan keluar ke pusat rawatan.

“Kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat, khususnya berkaitan kemudahan asas kesihatan.

“Pusat Hemodialisis ini menjadi tumpuan ramai pesakit dari kawasan sekitar, maka adalah penting untuk memastikan kemudahan sokongan turut diberi perhatian,” katanya.

Mohamad Duri menambah, pelaksanaan projek itu dijangka memberi manfaat kepada penduduk Saratok dan kawasan sekitarnya dalam jangka masa panjang.

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad yang hadir mewakili ADUN Kalaka merasmikan Program Larian Santai 5 kilometer anjuran Hospital Saratok, hari ini.

Program yang dikelolakan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Hospital Saratok dianjurkan bersempena dengan Minggu Keselamatan Pekerjaan yang bertemakan ‘Merevolusikan Kesihatan dan Keselamatan’.

Antara pengisian program adalah pameran Penjagaan Luka, Kenali Ubat Anda (Seksyen Farmasi), Unit Fisioterapi, One Medicare, PPDK, Kebersihan Tangan (Unit Kawalan Infeksi) dan turut diadakan kempen derma darah.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: SIMU tinjau keberkesanan pelaksanaan projek pembangunan di DUN Kalaka
Next: 18 organisasi terima peruntukan MRP RM147,000 di Marudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.