Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pusat Falak Bintulu tonggak baru ilmu falak di Sarawak
  • PENDIDIKAN

Pusat Falak Bintulu tonggak baru ilmu falak di Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
YANG Dipertua MIS, Datuk Misnu Taha berucap pada Seminar Falak sempena sambutan 70 Tahun Majlis Islam Sarawak (MIS) berlangsung penuh bermakna di Hotel Parkcity Everly, hari ini. Foto UKAS

BINTULU: Seminar Falak bertemakan ‘Inspirasi Warisan Samarkand Memacu Ummah Maju’ sempena sambutan 70 Tahun Majlis Islam Sarawak (MIS) berlangsung penuh bermakna di Hotel Parkcity Everly, hari ini.

Program anjuran Jabatan Mufti Sarawak itu menghimpunkan ilmuwan, pengkaji dan peminat ilmu falak dari seluruh negeri dengan matlamat memperkukuh peranan Sarawak sebagai pusat rujukan falak syarie di rantau ini.

Yang Dipertua MIS, Datuk Misnu Taha dalam ucapan perasmian menegaskan penubuhan Pusat Falak Bintulu pada 12 Ogos lalu adalah pencapaian besar yang mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri memperkembangkan ilmu falak secara lebih sistematik.

“Seminar ini menjadi platform penting untuk menghubungkan legasi ulama terdahulu dengan cabaran dan keperluan semasa umat Islam,” ujarnya.

Mufti Sarawak, Sahibus Samahah Datu Kipli Yassin pula menekankan seminar ini bukan sekadar pertemuan ilmuwan tetapi usaha mengangkat kembali warisan keilmuan tokoh agung Islam, Sultan Ulugh Beg yang pernah menjadikan Samarkand sebagai pusat kegemilangan ilmu.

SEMINAR Falak bertemakan ‘Inspirasi Warisan Samarkand Memacu Ummah Maju’ sempena sambutan 70 Tahun Majlis Islam Sarawak (MIS) berlangsung penuh bermakna di Hotel Parkcity Everly, hari ini. Foto UKAS

“Sultan Ulugh Beg bukan sahaja pemerintah, malah sarjana hebat yang membina balai cerap terkenal serta menghasilkan karya agung Zij-i Sultani yang terus menjadi rujukan sehingga kini.

“Sejarah ini memberi inspirasi kepada Jabatan Mufti Sarawak dalam membangunkan pusat cerapan moden sebagai medan kajian, pendidikan dan penyebaran ilmu falak kepada masyarakat,” katanya.

Seminar turut mengetengahkan pembentangan berimpak tinggi mengenai sejarah Sultan Ulugh Beg, pengaruhnya terhadap aplikasi falak di alam Melayu, model pembangunan kompetensi falak berasaskan legasi ilmiah serta peranan madrasah dan balai cerap beliau.

Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Mufti Negeri komited mengangkat ilmu falak bukan sahaja bagi memastikan penentuan rukyah hilal, waktu solat dan arah kiblat yang lebih tepat tetapi juga memperkukuh kedudukan negeri ini sebagai peneraju falak syarie di Malaysia.

Seminar Falak ini diharap menjadi pemangkin kebangkitan semula kegemilangan falak Islam di Nusantara melahirkan lebih ramai ilmuwan berautoriti dan menjadikan Sarawak sebagai pusat kecemerlangan falak yang disegani di peringkat antarabangsa.

-UKAS

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Isu SK Haji Bollah Kaba terima perhatian, projek naik taraf perlu disegerakan
Next: Bukan sekadar alih bahasa, terjemahan cerminan warisan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.