Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pusat Falak Bintulu berpotensi jadi hab pendidikan sains moden dan Islam
  • Utara
  • WILAYAH

Pusat Falak Bintulu berpotensi jadi hab pendidikan sains moden dan Islam

Utusan Sarawak 1 day ago
TIMBALAN Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berucap pada majlis perasmian Pusat Falak Bintulu hari ini.

BINTULU: Pusat Falak Bintulu berpotensi menjadi hab pendidikan sains berteraskan integrasi sains moden dan Islam, sekali gus memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai peneraju pembangunan mampan dan tenaga hijau di rantau ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pusat itu akan memanfaatkan pendekatan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berasaskan integrasi sains dan Islam di samping menjadi pusat rujukan penyelidikan astronomi serta destinasi pelancongan sains dan spiritual.

“Pusat ini akan berfungsi sebagai hab pendidikan sains melalui program STEM berteraskan integrasi sains dan Islam, pusat rujukan penyelidikan astronomi, serta destinasi pelancongan sains dan spiritual yang menarik pelawat tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh wakilnya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi pada majlis perasmian Pusat Falak Bintulu di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, lokasi strategik pusat berkenaan yang bebas daripada pencemaran cahaya membolehkan aktiviti pencerapan dijalankan dengan lebih tepat, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim.

Tegasnya, pusat itu bukan sekadar infrastruktur fizikal, malah menjadi medan dakwah kontemporari yang mempertemukan akal dan wahyu, sekali gus mengajak manusia mengenali kebesaran Allah melalui penciptaan langit dan bintang.

Selain itu, pusat berkenaan dijangka melahirkan modal insan dalam bidang falak yang mampu menyumbang kepada kajian satelit, pemetaan ruang udara serta aplikasi pertahanan dan keselamatan.

Abang Johari turut menggesa agar kerjasama strategik dijalin antara Pusat Falak Bintulu dengan institusi pendidikan dan penyelidikan tempatan termasuk Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak, Kolej Vokasional, Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) serta Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

“Saya menyeru agar pusat ini menjadi simbol perpaduan antara ilmu, iman dan inovasi. 

“Kita membina bukan sahaja bangunan, tetapi tamadun ilmu yang akan dikenang generasi mendatang,” katanya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba selamatkan kucing terperangkap di siling rumah di Miri
Next: Michael Kong urges MBKS to ensure proper drain cleaning and waste disposal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.