Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pusat beli-belah digesa main peranan promosi gaya hidup sihat — Dr Sim
  • TEMPATAN

Pusat beli-belah digesa main peranan promosi gaya hidup sihat — Dr Sim

Utusan Sarawak 5 hours ago
JELASKAN… Datuk Wee Hong Seng ketika berucap mewakil Datuk Amar Dr Sim Kui Hian majlis pelancaran Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) dan Hari Aktiviti Fizikal Sedunia (WoPAD) Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Mydin Vista Tunku, di sini, hari ini.

PETRA JAYA: Pusat beli-belah dan pengendali premis komersial digesa memainkan peranan lebih aktif dalam mempromosikan budaya hidup sihat melalui kempen kesedaran dan aktiviti komuniti.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, langkah itu boleh dilaksanakan menerusi pelbagai medium seperti platform media sosial, aplikasi membeli-belah, paparan LED, papan maklumat komuniti serta penglibatan penyewa dan peniaga dalam aktiviti berkaitan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS).

Menurut Dr Sim, pemilihan Mydin Vista Tunku sebagai lokasi sambutan tahun ini selaras dengan konsep Pusat Beli-Belah Promosi Kesihatan (Health Promoting Mall) yang bertujuan meningkatkan literasi kesihatan komuniti melalui persekitaran yang menggalakkan gaya hidup sihat.

SYABAS… Datuk Wee Hong Seng menyampaikan hadiah kepada pemenang aerobicthon kategori individu dan berkumpulan.

“Program seperti ‘berjalan di pusat beli-belah (mall walking)’ bukan sahaja mudah dilaksanakan, tetapi juga sesuai untuk semua peringkat umur, sekali gus memupuk penyertaan komuniti dalam suasana yang selamat dan kondusif,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang dibacakan oleh Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng pada majlis pelancaran Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) dan Hari Aktiviti Fizikal Sedunia (WoPAD) Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Mydin Vista Tunku, di sini, hari ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) di bawah pimpinan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Veronica Lugah atas dedikasi memastikan kelancaran program dua hari itu.

RAKAM KENANGAN… Datuk Wee Hong Seng dan tetamu kehormat yang lain bergambar bersama peserta Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) dan Hari Aktiviti Fizikal Sedunia (WoPAD) Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Mydin Vista Tunku, di sini, hari ini.

Sambutan BMSS dan WoPAD merupakan antara inisiatif utama di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bagi memperkukuh budaya hidup sihat serta membina masyarakat produktif melalui pendekatan menyeluruh seluruh negara.

Tema sambutan tahun ini, ‘Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan’ , menekankan kepentingan gaya hidup sihat merangkumi aktiviti fizikal, pemakanan sihat, kesihatan mental, tidak merokok atau rokok elektronik serta kebersihan persekitaran dan diri.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kaunseling Syarie bantu pasangan tangani krisis rumah tangga
Next: Lebih 3,000 pasangan Islam di Sarawak ikuti kaunseling syarie tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.