Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PUSAKA serah 500 anak buluh kepada komuniti Bidayuh di Puncak Borneo
  • Selatan
  • WILAYAH

PUSAKA serah 500 anak buluh kepada komuniti Bidayuh di Puncak Borneo

Utusan Sarawak 1 month ago
SIMBOLIK Penanaman Anak Buluh oleh Ahli Parlimen P198 Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin di Kampung Nyiru Grait, Jalan Puncak Borneo.

PUNCAK BORNEO: Sebanyak 500 anak buluh telah diserahkan kepada komuniti Bidayuh di Puncak Borneo dalam Majlis Penyerahan Anak Buluh Kepada Komuniti Bidayuh.

Majlis tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) untuk membangunkan industri buluh melalui penglibatan komuniti luar bandar.

Menurut Pemangku Pengurus Sumber Buluh dan Perdagangan Karbon PUSAKA, Nizam Abdullah, kerajaan Sarawak kini komited memperluas inisiatif berkaitan ekonomi hijau dan kelestarian sumber asli.

“Kerajaan Sarawak mahu memanfaatkan buluh sebagai sumber kekayaan baharu negeri dan juga sebagai punca pendapatan komuniti.

“Usaha ini bukan sahaja tertumpu pada penanaman buluh mentah, tetapi juga menggalakkan penyertaan komuniti dalam aktiviti hiliran seperti pemprosesan dan produk berasaskan buluh.

“Salah satu agenda kerajaan Sarawak adalah untuk menjadikan buluh sebagai sumber pendapatan tetap bagi komuniti, terutamanya di kawasan luar bandar seperti Puncak Borneo ini,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

PENYAMPAIAN anak buluh kepada penerima semasa Majlis Penyerahan Anak Buluh Kepada Komuniti Bidayuh.

Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin, dalam ucapannya menyambut baik program itu sebagai peluang meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan.

“Dengan adanya usaha seperti ini, komuniti Puncak Borneo dapat memanfaatkan potensi buluh sebagai sumber pendapatan dan meningkatkan kualiti hidup mereka. 

“Kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti amat penting bagi menjayakan projek-projek ekonomi hijau seperti ini.

“Inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat ekonomi tetapi juga memperkukuhkan hubungan antara komuniti dan agensi kerajaan,” tegas beliau ketika menyempurnakan majlis tersebut.

SESI bergambar bersama penerima Anak Buluh sempena Majlis Penyerahan Anak Buluh sumbangan dari PUSAKA di Kampung Nyiru Grait, Jalan Puncak Borneo.

PUSAKA menyasarkan untuk menanam sekurang-kurangnya 10,000 hektar ladang buluh komersial di seluruh Sarawak menjelang 2030.

Sebagai tambahan, 2,000 hektar ladang buluh komuniti turut dirancang dengan kerjasama penduduk tempatan untuk menyokong pembangunan industri ini.

Program itu diharapkan menjadi contoh kepada projek serupa di seluruh Sarawak demi memperkasa ekonomi hijau serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM3.5 juta baik pulih Jalan Tanjung Assam
Next: Pelabuhan laut dalam di Miri dijangka siap dua tahun lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.